Anda di sini

Usaha bantu rakyat, henti omong kosong: Azizah

Advertisement
DATUK AZIZAH MOHD DUN
DATUK AZIZAH MOHD DUN

KOTA KINABALU : Ketua Srikandi BERSATU Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun meminta semua pihak untuk terus berusaha membantu rakyat dan tidak menjadikan hujah politik sebagai bahan persengketaan yang tidak membawa manfaat kepada rakyat.


"Rakyat bijak menilai pemimpin dan apabila pemimpin berusaha membantu rakyat, meringankan beban, termasuk pelajar B40 yang dikenalpasti dalam kategori anak-anak golongan miskin tegar yang memerlukan komputer riba bagi tujuan PdPR kini, " katanya.


Azizah berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini hari ini bagi membidas hujah Ketua Bahagian UMNO Tuaran, Datuk Abdul Rahman Dahlan supaya tidak mempersoalkan kewajaran usaha Kerajaan Negeri menyediakan 10,000 komputer riba kepada pelajar Sabah miskin tegar yang memerlukan bantuan bagi tujuan PdPR.


Ahli Parlimen Beaufort itu turut menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Rahman Dahlan itu tidak membantu ke arah membina kemajuan dan kejayaan kepada anak-anak negeri Sabah yang perlu menjalani pendidikan secara PdPR pada masa ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.


"Perubahan sistem pendidikan masa kini tidak dapat kita elak, ini semua kerana pandemik COVID-19 dan dengan adanya komputer riba, sedikit sebanyak anak-anak kita dapat menjalani proses pelajaran dan tidak tertinggal di belakang," ujar Azizah.


Justeru, Azizah memuji usaha murni Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan menyeru semua pihak untuk terus bersatu padu dan bersabar dalam usaha untuk memerangi COVID-19.


"Semoga usaha kita untuk melawan pandemik ini berjaya, semoga kita terus bersatu dan kita semua bangkit bersama dari kemelut yang menguji semua pada masa ini," katanya lagi.

  • oleh
  • Advertisement