Anda di sini

Polis buru individu dakwa vaksin hilang

Advertisement
 

KUCHING: Polis sedang memburu seorang pengguna Facebook berhubung satu kenyataan dimuat naik di laman sosial yang didakwanya dos vaksin AstraZeneca kurang berbanding jumlah sebenar patut diterima.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata kertas siasatan dibuka susulan laporan diterima polis pada Selasa oleh kakitangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.

Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4(1) Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu (No 2) 2021.

“Polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan memburu individu yang terlibat dan seterusnya akan dibawa ke muka pengadilan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Pengguna Facebook itu menulis: “114,300 Aztrazeneca (Aztrazeneca) dose ‘missing’ from Sarawak qouta. Only 38,500 dose delivered to Sarawak. ScoVag and SDMC please answer the public.”

“Kenyataan ini boleh menimbulkan kekeliruan serta persepsi negatif masyarakat terhadap pihak kerajaan khususunya kerajaan negeri.

“Tindakan tidak beretika ini juga memburukkan pihak kerajaan yang mana sedang berusaha sedaya upaya dalam menyediakan vaksin bagi rakyat,” katanya.

Advertisement