Anda di sini

Empat dipancung dalam perkelahian antara geng di penjara Guatemala

Advertisement
 Anggota polis mengangkat mayat salah seorang banduan yang terbunuh dalam perkelahian antara geng di Penjara Cantel di Quetzaltenango. — Gambar AFP
GANAS: Anggota polis mengangkat mayat salah seorang banduan yang terbunuh dalam perkelahian antara geng di Penjara Cantel di Quetzaltenango. — Gambar AFP

KOTA GUATEMALA: Sekurang-kurangnya empat banduan telah dipancung kelmarin dalam perkelahian antara geng di sebuah penjara di barat Guatemala, menurut polis.

Penjara Cantel, terletak di Quetzaltenango, 205 kilo-meter barat dari Kota Guatemala, mempunyai banduan daripada kedua-dua geng Mara Salvatrucha dan musuh ketatnya, Barrio 18, ditambah dengan geng yang terlibat dalam pemerdagangan dadah.

“Setakat ini kami mengesahkan empat kematian. Menurut maklumat awal yang kami terima, mereka telah dipancung,” kata juru-cakap Polis Negara Jorge Aguilar.

Beliau berkata, pihak berkuasa mengesyaki salah satu geng itu telah menye-rang yang satu lagi dalam tindakan balas atas insiden yang berlaku beberapa hari lalu.

Aguilar berkata, 500 anggota polis telah dikerah ke Quetzaltenango untuk me-ngawal keadaan di penjara tersebut.

Geng-geng Guatemala, yang digeruni dan ganas, selalunya dikenali dengan ke-giatan pemerasan, memaksa ahli perniagaan dan pemandu bas untuk membayar wang perlindungan. Mereka yang enggan membayar akan dibunuh.

Geng-geng tersebut bertanggungjawab ke atas separuh daripada 3,500 kematian akibat keganasan setiap tahun di Guatemala, kata pihak berkuasa. — AFP

Advertisement