Anda di sini

Pangazou tewaskan Tompulingot

Advertisement
 Joe Sulaiman melakukan sepakan sebagai simbolik perasmian Pertandingan Bola Sepak Veteran Tertutup Piala DSP Dr Jeffery Kitingan di Stadium  Penampang, baru-baru ini.
RASMI: Joe Sulaiman melakukan sepakan sebagai simbolik perasmian Pertandingan Bola Sepak Veteran Tertutup Piala DSP Dr Jeffery Kitingan di Stadium  Penampang, baru-baru ini.

PENAMPANG: Pasukan Pangazou menang 1-0 ke atas Tompulingot pada perlawanan pertama kedua-dua pasukan dalam Pertandingan Bola Sepak Veteran Tertutup Piala DSP Dr Jeffery Kitingan di Stadium  Penampang, Sabtu lalu.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi mantap dengan saling berbalas serangan sebaik wisel sepak mula ditiup sehingga tamat permainan.

Bagaimanapun, Pangazou keluar sebagai pemenang hasil jaringan sendiri pertahanan lawan dua minit sebelum permainan tamat selepas diasak gandingan serangan Eyon, Regers, Faizal dan Eddy dari dua sepakan sudut berturut-turut.

Pertandingan itu adalah anjuran Kelab Rekreasi Mimpaagat Tokou Sabah dan mendapat kelulusan dari Pesuruhjaya Sukan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Penampang.

Pertandingan itu juga diiktiraf Jabatan Belia dan Sukan dan setiap perlawanan dipantau Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS).

Sebanyak enam pasukan mengambil bahagian iaitu Bolitotok, Pangazou, Tompoipit, Sosovitan, Bobohizan dan Tompulingot.

Pertandingan itu telah dirasmikan Pemimpin Pembangunan  Masyarakat (PPM) Moyog, Joe Sulaiman pada 8 Mei.  

Turut bersama di majlis perasmian ialah Pengerusi KRMTS, Aloysius Wong dan timbalannya, Sylvester Chin serta Datuk Albert Boyou.

Setiausaha penganjur, Eddy Limbang berkata, pertandingan akan diteruskan pada 22 Mei di mana Bolitotok akan menentang Tompoipit. Sepak mula adalah pada jam 4.00 petang.

Advertisement