Anda di sini

Lau hulur bantuan kepada mangsa kebakaran di Jalan Tiong Hua

Advertisement
 Lau (dua kiri) menyerahkan sumbangan peribadinya kepada mangsa kebakaran sambil disaksikan oleh Robert (tiga kanan) serta yang lain.
IKHLAS: Lau (dua kiri) menyerahkan sumbangan peribadinya kepada mangsa kebakaran sambil disaksikan oleh Robert (tiga kanan) serta yang lain.

SIBU: Temenggung Dato Vincent Lau menghulurkan bantuan wang tunai dan barang makanan kepada mangsa kebakaran di Jalan Tiong Hua di sini untuk mengurangkan beban mereka, petang semalam.

Bercakap kepada pemberita selepas penyerahan tersebut, beliau berkata mangsa kehilangan harta-benda dalam kejadian kebakaran pada Khamis lalu.

Sebanyak empat keluarga terbabit menerima sumbangan daripada Lau.

“Ini adalah sumbangan peribadi saya di mana saya memberi RM500 setiap keluarga dan beberapa barang makanan.

“Kami berasa sangat sedih dengan kejadian ini dan berharap mereka yang terjejas ini dapat mencari tempat tinggal baharu secepat mungkin,” ujarnya lagi.

Dalam kejadian pada Khamis lalu, 20 orang daripada empat keluarga kehilangan tempat tinggal setelah kebakaran awal pagi itu memusnahkan enam rumah kayu dua tingkat.

Menurut ketua Balai Bomba dan Penyelamat (Bomba) Zon 4 Janggan Muling, semua mangsa kebakaran, termasuk seorang kelainan upaya (OKU), berjaya melarikan diri dengan selamat.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Negara Senator Robert Lau.

Advertisement