Anda di sini

BDNC dan PJKAYS tidak lupa santuni anak yatim

Advertisement
 Feroz (dua kanan) dan Eddie (tiga kanan) menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim yang diraikan.
SUMBANGAN: Feroz (dua kanan) dan Eddie (tiga kanan) menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim yang diraikan.

KOTA KINABALU: Selepas berlalunya bulan Ramadan, banyak syarikat swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) dilihat mengambil peluang menyantuni golongan anak-anak yatim dengan memberi sumbangan.

Keprihatinan  pihak berkenaan ternyata memberi keceriaan dan kegembiraan kepada anak-anak yatim yang kurang bernasib baik terutama dalam meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Syarikat Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd (BDNC) yang berpangkalan di Teluk Sepangar dekat sini antara syarikat yang membuat sumbangan dan meraikan seramai 20 penghuni Rumah Anak Yatim As-Sakinah Kinarut dan Madrasah Waqaf Islamiah Sabah (MAWIS) Kota Kinabalu.

BDNC turut bekerjasama dengan Pertubuhan Jaringan Kebajikan Anak-Anak Yatim Sabah (PJKAYS) untuk melaksanakan majlis ringkas namun sangat bermakna dalam meraikan anak-anak yatim pada bulan Ramadan yang lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif BDNC Feroz Razi Ramli berkata, peluang untuk mendekati anak-anak yatim pada majlis itu umpama 'memberi balik' kepada masyarakat di kawasan operasi mereka.

Feroz turut berterima kasih kepada Presiden PJKAYS Datuk Eddie Abdullah dan Ahli Jawatankuasa PJKAYS atas kerja-kerja perhubungan dan pengaturan awalan majlis berkenaan.

Selain dari menikmati juadah berbuka puasa, anak-anak yatim yang diraikan juga menerima duit raya yang disumbangkan oleh Feroz, Eddie, Timbalan Pengarah Perikanan Azhar Kassim; dan Bendahari PJKAYS Amir Sani Ab Bak.
 

  • oleh
  • Advertisement