Anda di sini

433 kes baharu dan satu kematian akibat COVID-19 di Sarawak

Advertisement
 

KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan 433 kes baharu COVID-19, tertinggi di daerah Miri iaitu 69 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan daerah Kapit mencatatkan 61 kes, Sibu (48), Kuching (47), Belaga (43), Bintulu (29), Pakan (25), Selangau (16), Samarahan (14), Bukit Mabong (10) dan Daro (9).

Daerah lain - Sarikei (7), Kanowit (6), Pusa (5), Sri Aman (5), Bau (5), Mukah (5), Subis (4), Song (4), Beluru (4), Sebauh (3), Serian (3), Matu (2), Tatau (2), Tebedu (2), Betong (2), Tanjung Manis (1), Asajaya (1) dan Meradong (1).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan di Sarawak meningkat kepada 38,816 kes.

“Daripada 433 kes baharu yang dilaporkan, seramai 58 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan. Manakala, 375 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin,” kata JPBNS menerusi kenyataan.

Sarawak juga mencatatkan satu lagi kematian, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian 225 orang.

Kes kematian terbaharu ini membabitkan pesakit berumut 70 tahun yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Risiko Rendah (PKRC) di Sibu apabila disahkan positif pada 29 April melalui saringan kontak rapat. 

“Kes tidak mempunyai gejala pada masa itu. Kes telah dibenarkan pulang dalam keadaan sihat dan meneruskan baki kuarantin di rumah. 

“Namun semasa kes mendapatkan rawatan susulan di Klinik Kesihatan Tatau, kes mulai mengalami sesak nafas dan terus dirujuk ke Hospital Bintulu,” katanya.

Dia yang berpenyakit darah tinggi serta gout disahkanmeninggal dunia pada 15 Mei.

Dalam pada itu, JPBNS turut memaklumkan 434 kes baharu telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

Manakala jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 6,381 orang.

“Hari ini juga seramai 443 individu disyaki (PUI) baru telah dilaporkan dan satu PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal,” ujarnya.

  • oleh
  • Advertisement