Anda di sini

Vivian edar 1,000 bungkus bubur lambuk kepada penduduk

Advertisement
 Vivian (kiri) mengedarkan bubur lambuk kepada penduduk sekitar Sandakan.
EDAR: Vivian (kiri) mengedarkan bubur lambuk kepada penduduk sekitar Sandakan.

SANDAKAN: Bersempena bulan Ramadan lalu, Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee mengedarkan sebanyak 1,000 bungkus bubur lambuk kepada penduduk beragama Islam di daerah Sandakan. 

Vivian Wong bersama pasukan perkhidmatannya telah pergi ke Kampung Aisbox dan mengedarkan bubur lambuk berkenaan.

Selain Kampung Aisbox, penduduk Taman Mesra dan Pulau Berhala juga menerima bubur tersebut.

Dalam pada itu, berikutan perkembangan semasa wabak COVID-19, Vivian menggesa orang ramai untuk merayakan musim perayaan dengan cara yang sederhana dan berhati-hati untuk mengelakkan wabak itu tidak terkawal. 

Di samping itu, beliau meminta orang ramai untuk mematuhi terus prosedur operasi standard (SOP) bagi pencegahan wabak, sentiasa memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan, menjaga jarak fizikal dan mengurangkan pergerakan ke tempat yang sesak. 

Pada waktu yang sama, beliau juga menggalakkan orang ramai untuk mendaftarkan diri dengan program vaksinasi agar kekebalan imunisasi dapat dicapai secepat mungkin untuk menyekat jangkitan virus dengan berkesan dan memulihkan kehidupan seperti biasa.

  • oleh
  • Advertisement