Anda di sini

Villareal rencatkan rancangan kelab EPL sapu slot final di dua kejohanan berbeza

Advertisement
 Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan separuh akhir pusingan kedua Liga Europa di antara Arsenal dan Villareal di Stadium Emirates di London. — Gambar AFP
RANCAK: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan separuh akhir pusingan kedua Liga Europa di antara Arsenal dan Villareal di Stadium Emirates di London. — Gambar AFP

LONDON: Villarreal bakal berhadapan dengan Manchester United dalam final Liga Europa selepas pasukan Sepanyol itu mengekalkan keputusan seri 0-0 dengan Arsenal kelmarin untuk mengelak slot finalis Europa disapu oleh pasukan Liga Perdana Inggeris.

Cubaan Pierre-Emerick Aubameyang tersasar ke tiang gol dua kali untuk Arsenal, namun kekalahan agregat 1-2 bermaksud The Gunners bakal ketinggalan dalam Liga Juara-Juara buat lima musim berturut-turut.

Edinson Cavani menjaringkan gol sebanyak dua kali buat United, yang mara dengan agregat 8-5 sungguhpun kalah 2-3 kepada pasukan Roma.

Anak buah Ole Gunnar Solskjaer bermatlamat untuk mengakhiri kemarau empat tahun tanpa trofi apabila bersemuka dengan Villarreal di Gdansk pada 26 Mei, tiga hari sebelum Manchester City berhadapan dengan Chelsea dalam final Liga  Juara-Juara pada 29 Mei.

Duduk di tangga kesembilan Liga Perdana, musim ini Arsenal terkandas daripada kemegahan Liga Europa mahupun kelayakan ke Liga  Juara-Juara.

Sungguhpun begitu, jurulatih Gunners Unai  Emery telah membalas dendam setelah dipecat hanya dalam 18 bulan sebagai pengganti Arsene Wenger dengan memimpin Villarreal ke final pertama Europa mereka.

Emery memenangi kejohanan ini tiga kali bersama Sevilla dan juga telah mengangkat Arsenal ke peringkat akhir Liga Europa semasa musim penuh tunggalnya membimbing di Emirates.

Jurulatih Sepanyol itu telah dikritik apabila pendekatan berwaspada mereka hanya berjaya membuahkan pendahuluan 2-0 dalam permainan pertama, lantas membenarkan Arsenal untuk menentang dengan gol penalti Nicolas Pepe.

Arsenal memulakan separuh masa kedua dengan lebih bersemangat namun membazirkan dua peluang keemasan untuk menambah gol tempat lawan mereka.

Mulanya, rembatan Pepe tersasar daripada lorongan Kieran Tierney sebelum Emile Smith juga gagal untuk mengenai sasaran semasa gol terbuka luas ketika Geronimo Rulli kalut menyelamatkan hantaran.

Dalam menyaksikan skuad tuan rumah semakin terdesak, lebih banyak peluang terbuka kepada Villarreal untuk mengeksploitasi dengan serangan balas.

Aubameyang juga menghadapi musim sukar sejak menandatangani perjanjian tiga tahun pada September yang menurut laporan menjadikannya pemain termahal dalam Liga Perdana.

Namun kapten Arsenal hanya tersasar beberapa inci untuk membuktikan nilainya apabila tandukkannya dimuntahkan dari pintu  gol pada sepuluh minit sebelum perlawanan  tamat. — AFP

Advertisement