Anda di sini

Rentas daerah tidak dibenarkan di Sabah

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Bermula 10 Mei sehingga 16 Mei depan Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang dikategorikan sebagai satu daerah sementara aktiviti untuk merentas daerah tidak dibenarkan untuk seluruh negeri.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kerajaan negeri memutuskan agar aktiviti rentas daerah tidak dibenarkan kecuali atas urusan kecemasan.

"Pihak PDRM akan melaksanakan Sekatan Jalan Raya (SJR) bagi mengawal pergerakan
rentas daerah semasa tempoh yang dinyatakan," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu katanya, terdapat satu kluster baharu dilaporkan pada 6 Mei 2021 iaitu Kluster Jalan Tunku Kota Kinabalu melibatkan kakitangan dan pekerja pembersihan Pejabat Lembaga Hasil Dalam (LHDN) Negeri Cawangan Kota Kinabalu. 

Katanya, kes indeks merupakan wanita, 66, kakitangan pembersihan di Tingkat 2 bangunan tersebut yang disahkan positif hasil saringan bergejala di Klinik Kesihatan Luyang, pada 23 April 2021.

"Susulan kes itu, pasukan kawalan mengaktifkan aktiviti pengesanan kontak dan arahan ujian saringan COVID-19 juga telah dikeluarkan. 

"Setakat hari ini, jumlah kumulatif bagi kluster ini ialah 10 kes merangkumi tiga kes di Kota Kinabalu, empat kes di Papar, dua kes di Putatan dan satu kes di Penampang," katanya.

Menurutnya, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada 6 Mei 2021 adalah sebanyak 69 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 58,580 kes. Tiada kes kematian direkodkan.

Katanya, daripada 69 kes positif COVID-19, sebanyak 26 kes  adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 13 kes saringan bergejala, 23 kes dari kluster sedia ada serta tujuh kes dari lain-lain kategori.
 

  • oleh
  • Advertisement