Anda di sini

Velesto berusaha mendapatkan kembali Naga 7 yang tenggelam

Advertisement
Pelantar penggerudian Naga 7 yang menggerudi untuk blok Salam 3, tenggelam sepenuhnya ke dalam laut pada jam 7.45 pagi pada 4 Mei lalu. - Gambar Facebook Seafarers Life
Pelantar penggerudian Naga 7 yang menggerudi untuk blok Salam 3, tenggelam sepenuhnya ke dalam laut pada jam 7.45 pagi pada 4 Mei lalu. - Gambar Facebook Seafarers Life

KUALA LUMPUR: Syarikat penggerudian luar pesisir Velesto Energy Bhd akan memberi tumpuan terhadap usaha mendapatkan kembali pelantarnya, Velesto Naga 7, yang tenggelam di pantai Sarawak pada 4 Mei lepas.

Syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata "operasi Velesto Naga 7 telah terganggu.

“Kejadian itu berlaku disebabkan penembusan tanah yang agak drastik semasa ia beroperasi untuk pelanggan pada 3 Mei.”

Aktiviti penggerudian belum dimulakan di tapak berkenaan dan belum ada telaga yang dikorek.

"Kesemua 101 kakitangan dalam pelantar telah dipindahkan dengan selamat ke Miri, Sarawak," kata syarikat itu. 

Sekarang ini, Velesto tidak dapat menganggarkan kesan kewangan keseluruhan kepada kumpulan berikutan insiden tersebut tetapi menjangkakan ia boleh dikurangkan kerana pelantar itu mempunyai insurans.

"Perniagaan lain kumpulan beroperasi seperti biasa termasuk enam pelantar lain dalam armada," kata Velesto. 

Syarikat bekerjasama rapat dengan pelanggan dan syarikat insurans serta akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa. - Bernama 

Advertisement