Anda di sini

Cukai jualan makanan laut dilaksana apabila keadaan kembali normal

Advertisement
 Jeffrey (dua kanan), Hendrus (dua kiri) dan Joanna (kiri) menunjukkan Mangga Harumanis yang memasuki pasaran Sabah
BAGUS: Jeffrey (dua kanan), Hendrus (dua kiri) dan Joanna (kiri) menunjukkan Mangga Harumanis yang memasuki pasaran Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan akan melaksanakan cukai jualan terhadap bahan makanan laut apabila tiba masa yang sesuai.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, cukai jualan berkenaan akan dilaksanakan diantara lima sehingga 10 peratus.

"Cukai ini akan dilaksanakan apabila semua keadaan kembali seperti biasa. Jumlah peratusan cukai yang akan dikenakan juga telah diubah.

"Terdapat produk makanan laut akan dikenakan 10 peratus cukai jualan dan ada juga sebanyak lima peratus.

"Bagaimanapun, dengan situasi yang kita hadapi ketika ini, kita memang tidak dapat mengekport produk-produk berkenaan," katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa  Airasia Farm bersama Media di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan berkata, perkara itu akan dilaksanakan selepas sektor perniagaan pulih seperti biasa.

Jeffrey turut memberikan jaminan bahawa kerajaan akan mempertimbangkan semula apa juga perkara yang membebankan rakyat serta menjejaskan ekonomi.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar AirasiaFarm membantu kerajaan negeri untuk memasarkan produk buah-buahan tempatan di Sabah seperti tarap, bambangan dan banyak lagi.

"Kita tidak hanya mahu melihat aktiviti import saja, tetapi mahu aktiviti ekport turut bergerak.

"Kerajaan juga gembira dengan kerjasama yang diberikan AirAsia dalam usaha memasarkan produk pertanian," katanya.

Hadir sama ialah Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Hendrus Anding, Ketua Pegawai Eksekutif Airasia Farm Joanna Ibrahim serta tetamu kehormat yang lain.
 

  • oleh
  • Advertisement