Anda di sini

Petani Bingkor teruja keprihatinan kerajaan

Advertisement
 Kerja membina empangan untuk pengairan sawah padi di Sungai Menanangkung Kampung Bunsit.
BINA EMPANGAN: Kerja membina empangan untuk pengairan sawah padi di Sungai Menanangkung Kampung Bunsit.

BINGKOR: Masyarakat petani di kawasan Bingkor teruja dengan keprihatinan kerajaan memperbaiki empangan untuk pengairan sawah padi untuk memudahkan petani mengairi sawah mereka.

"Kerja-kerja sedang giat dilaksanakan dan ia pasti mampu memberi  manfaat kepada penduduk dalam kawasan Bingkor," kata Pengerusi JPKK Kampung Bunsit Zamrie Andis.

Beliau juga melahirkan rasa terima kasih kepada ADUN Bingkor Datuk Robert Tawik @Nordin kerana mengambil berat masalah pengairan sawah di kampung-kampung mereka.

"Kerja-kerja membina empangan perairan Sawah Padi di Sungai Menanangkung di Kampung Bunsit sedang giat dilaksanakan dan ini  turut memberi manfaat ini kepada penduduk Kampung Lipasu, Kampung Baru, Kampung Berungis dan sekitarnya," katanya.

 Hampir 300 meter perparitan siap dipasang di Kampung Tongkungan.
PARIT: Hampir 300 meter perparitan siap dipasang di Kampung Tongkungan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih juga kepada Jabatan Pengairan dan Saliran yang memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah ini.

"Selain itu, empangan sawah padi di Kampung Minansut siap diperbaiki," kata Ketua Kampung Robert Michael.

Empangan itu terpaksa diperbaiki selepas dihanyutkan air banjir besar pada awal tahun ini.

Katanya, pembaikan empangan ini mampu membantu pesawah padi untuk meningkatkan hasil tanaman padi mereka.

Satu lagi empangan untuk saliran sawah padi yang hampir siap dibina ialah empangan padi di Kampung Kumawanan.

Pengerusi JPKK Kampung Kumawanan Jamilah Bianus memberitahu keprihatinan wakil rakyat terhadap permasalahan yang dihadapi petani khususnya pengairan sawah adalah sesuatu yang layak dipuji kerana khidmat seperti beginilah yang diperlukan oleh rakyat.

"Ini menunjukkan kerajaan sentiasa memberikan perhatian terhadap kebajikan dan kesejahteraan golongan petani," katanya.

 Pembinaan untuk mengairi sawah padi di Kampung Kumawanan.
SALIRAN: Pembinaan untuk mengairi sawah padi di Kampung Kumawanan.

Tidak ketinggalan ialah pembinaan perparitan sawah padi di Kampung Tongkungan yang sedang giat dilaksanakan dimana hampr 300 meter siap dibina.

Pengerusi JPKK kampung Tongkungan Posius Udi berkata, pembinaan perparitan sawah padi amatlah penting untuk manfaat penduduk yang terlibat.

Beliau melahirkan peghargaan dan terima kasih kepada Datuk Robert Tawik yang sentiasa memantau kemajuan dan proses pembinaan empangan, saliran dan perparitan itu untuk kepentingan masyarakat yang diwakilinya.

  • oleh
  • Advertisement