Anda di sini

Sekuel Downton Abbey ditayangkan pada Krismas ini

Advertisement
 

SIRI popular ‘Downton Abbey’ akan kembali dengan sebuah sekuel yang akan ditayangkan pada Krismas ini.

Filem pertama ‘Downtown Abbey’, berdasarkan siri popular TV British, telah disiarkan pada 2019.

Memberi jaminan kepada peminat tegar, penerbit berkata bahawa kebanyakan pelakon asal termasuk Maggie Smith, Hugh Bonneville, Laura Carmichael, Jim Carter, Michelle Dockery dan Elizabeth McGovern akan kembali dalam sekuel berkenaan.

Mereka juga akan disertai oleh wajah baharu termasuk Hugh Dancy, Laura Haddock, Nathalie Baye dan Dominic West.

Filem itu, yang telah pun memulakan penggambaran dijangka akan ditayangkan pada 22 Disember.

Jalan cerita masih lagi dirahsiakan namun Julian Fellowes, pengarang skrip asal, telah bersetuju untuk menulis lakon layar sekuel itu.

“Selepas tahun yang sangat mencabar yang telah memisahkan ramai daripada keluarga dan rakan, ia memberi ketenangan untuk memikirkan masa depan lebih baik akan tiba dan Krismas seterusnya akan mengembalikan karektor kesayangan dalam Downtown Abbey,” kata penerbit Gareth Neame dalam sebuah kenyataan.

Siri asli televisyen itu, yang bersiaran daripada 2010 sehingga 2015, mengisahkan percubaan dan dugaan keluarga Crawley dan pekerja-pekerja mereka dalam estet fiksyen Downton Abbey.

Sebuah kejayaan, rancangan itu banyak melonjakkan karier Hollywood bintang-bintang mereka selain menyalurkan banyak bantuan kewangan kepada keluarga desa Inggeris yang kurang bernasib baik. — AFP

Advertisement