Anda di sini

Lelaki bersenjata bunuh dua lagi pelajar universiti

Advertisement
 
LAGOS: Sekumpulan lelaki bersenjata membunuh dua lagi pelajar yang diculik dari sebuah universiti di negeri bahagian barat laut Kaduna, lapor Agensi Berita Xinhua, memetik pihak berkuasa tempatan pada Isnin.

Universiti Greenfield, sebuah institusi swasta di negeri ini, diserang oleh sekumpulan lelaki bersenjata pada 20 April, dan menculik sejumlah pelajar.

"Amat menyedihkan, agensi keselamatan baru saja melaporkan kepada kerajaan negeri Kaduna penemuan dua mayat pelajar Universiti Greenfield, dibunuh oleh penjahat bersenjata," kata Samuel Aruwan, pesuruhjaya keselamatan dalaman dan hal ehwal dalam negeri Kaduna, dalam satu kenyataan.

Jumlah kematian pelajar yang diculik meningkat kepada lima orang setakat ini.

Pada Jumaat, kerajaan negeri mengesahkan penemuan tiga mayat antara pelajar yang diculik berdekatan dengan pusat pengajian itu. - BERNAMA

Advertisement