Anda di sini

Penggambaran filem Will Smith tidak akan dilakukan di Georgia

Advertisement

DRAMA perhambaan Will Smith, ‘Emancipation’ tidak akan dirakam di Georgia lagi selepas  negeri selatan AS itu meluluskan undang-undang hak mengundi yang menurut pihak kritik bertujuan untuk memundurkan kaum kulit Hitam dan komuniti kecil lain.

Georgia telah menjadi pengeluar besar dalam industri filem AS beberapa tahun ini, namun langkah ‘Emancipation’ itu mengikut kritikan orang ramai dan boikot daripada badan-badan persatuan, sukan dan hiburan sepanjang langkah kontroversi negeri itu bulan lepas.

“Kita tidak mampu dalam kesedaran penuh untuk memberi sokongan ekonomi kepada kerajaan yang menggubal undang-undang mengundi kolot yang bertujuan untuk menyekat hak pengundi,” kata Smith dan pengarah Antoine Fuqua dalam sebuah kenyataan.

“Dengan kesal, kami berasa berat hati untuk memindahkan lokasi pengeluaran filem dari Georgia ke negeri lain.”

Penggubalan yang ditandatangani gabenor Republikan Georgia mengerah pengenalan identiti pengundi, mengehadkan bilangan kotak undi dan menghalang sukarelawan daripada memberi air botol kepada pengundi yang dipaksa untuk berbaris menunggu selama beberapa jam.

Pihak pengkritik telah mengaitkannya dengan larangan era Jim Crow yang digunakan untuk menegah kuasa politik warga Afrika Amerika.

“Undang-undang mengundi baharu Georgia mengingatkan kembali pindaan mengundi yang dijalankan pada akhir zaman Pembinaan Semula untuk  mencegah ramai warga Amerika daripada mengundi,” ulas Smith dan Fuqua.

Di Hollywood, respon pada mulanya lebih senyap sebelum pengumuman itu.

Pengarah ‘Ford v Ferrari’ James Mangold, yang juga akan mengendalikan filem ‘Indiana Jones’ seterusnya, telah bersuara menentang halangan mengundi, membuat tweet: “Saya tidak mahu merakam di sana. Saya tidak memberi tahu orang lain apa yang harus dilakukan.”

Pelakon ‘Star Wars’ Mark Hamill menulis tweet sokongan beliau terhadap Mangold, dan menggunakan hashtag #NoMoreFilmingInGeorgia (#TiadaLagiMembuat FilemDiGeorgia).

Namun banyak pembuatan filem besar Hollywood dirakam di Negeri Peach terima kasih kepada pengecualian cukai mereka, kos lebih rendah dan cuaca, termasuk filem hero Marvel, siri TV ‘Walking Dead’ dan beberapa projek lain seperti  ‘Coming 2 America’ dirakam di Tyler Perry Studios.

‘Emancipation’ akan dibintangi Smith sebagai pelarian daripada perhambaan dalam perjalanan perit mencari kebebasan menuju ke utara dari Louisiana.

Karektor beliau Peter diinspirasi oleh foto terkenal menunjukkan belakang seorang hamba yang cedera selepas disebat di dusun, yang dikenali sebagai ‘Whipped Peter’. — AFP

Advertisement