Anda di sini

Kamarlin cadang jadual anjal untuk sesi persekolahan ekoran pandemik

Advertisement
 Kamarlin (kanan) menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadhan kepada salah seorang penerima dalam majlis berbuka puasa yang diadakan dekat Sipitang.
SUMBANGAN: Kamarlin (kanan) menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadhan kepada salah seorang penerima dalam majlis berbuka puasa yang diadakan dekat Sipitang.

SIPITANG : Bekas pembantu menteri, Datuk Kamarlin Ombi mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya melaksanakan jadual anjal bagi menggantikan jadual sedia ada berikutan peningkatan kes jangkitan wabak COVID-19 yang membabitkan pelajar sekolah.


Jelas Kamarlin, usaha berkenaan wajar diberi pertimbangan memandangkan golongan tersebut merupakan antara yang berisiko mudah mendapat jangkitan.


Justeru beliau mengesyorkan supaya waktu persekolahan bagi murid darjah satu hingga tiga dipendekkan kepada tiga hari manakala bagi murid darjah empat hingga enam dianjal kepada dua hari.


Usaha ini jelas beliau, dapat mengurangkan jumlah murid dalam satu masa semasa sesi persekolahan berlangsung sekaligus secara tidak langsung turut mengurangkan risiko jangkitan terhadap murid serta guru bertugas.


"Hari persekolahan masih kekal sama, dari Isnin hingga Jumaat namun pelajar hanya perlu ke sekolah sama ada tiga atau dua hari manakala hari lain dikhususkan untuk mengulangkaji di rumah.


"Bagi sesi pembelajaran di rumah, guru-guru boleh menyediakan modul pembelajaran untuk mereka (murid) melaksanakan pembelajaran ataupun mengulangkajinya di rumah, " katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis berbuka puasa dan penyerahan kurma sempena bulan Ramadan bersama Ketua Zon dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Sipitang, kelmarin.


Kamarlin yang juga Ketua Umno Bahagian Sipitang menzahirkan cadangan itu kepada kerajaan hasil maklumbalas daripada sebahagian ibubapa yang bimbang tentang keselamatan anak-anak mereka yang masih bersekolah.

Beliau tampil memberi cadangan bagi memastikan penularan wabak COVID-19 dapat ditangani dengan baik dan pada masa sama mengimbangi akademik demi memastikan sistem pendidikan tidak terjejas ekoran pandemik tersebut.

  • oleh
  • Advertisement