Anda di sini

Gunung Sinabung Indonesia meletus

Advertisement
Gunung Sinabung yang di Sumatera Utara Indonesia meletus dengan memuntahkan abu tebal setinggi 1,000 meter - Gambar Antara News
Gunung Sinabung meletus dengan memuntahkan abu tebal setinggi 1,000 meter - Gambar AntaraNews

JAKARTA: Gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara Indonesia meletus dengan memuntahkan abu tebal setinggi 1,000 meter dari puncaknya, kata Pusat Vulkanologi dan Mitigasi  Bencana Geologi pada Isnin.

Letusan berlaku pada 1.55 pagi waktu tempatan selama 175 saat, lapor Agensi Berita Xinhua.

Pada 1.44 pagi waktu tempatan, gunung dengan status tahap ketiga juga meletus dengan abu setinggi 500 meter selama 167 saat.

Penduduk dilarang melakukan sebarang kegiatan dan telah dipindahkan dalam radius 3 kilometer dari puncak, dan mendesak orang ramai mengelak berada berhampiran dengan sungai yang mengalir dari Gunung Sinabung.

Pihak berkuasa juga meminta penduduk memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah untuk mengelak terhidu abu gunung berapi. - BERNAMA

Advertisement