Anda di sini

Lapan filem pilihan bersaing untuk filem terbaik Oscar

Advertisement
 Difilemkan dalam bahasa Inggeris dan Korea, ‘Minari’ menjadi contoh unggul dalam menceritakan Amerika, dengan barisan pelakon termasuk bintang ‘Walking Dead’ Steven Yeun (kanan) dan pelakon wanita veteran Korea Youn Yuh-Jung, serta lebih meletakkan fokus dalam hubungan keluarga daripada isu perkauman mahupun etnik.
MINARI: Difilemkan dalam bahasa Inggeris dan Korea, ‘Minari’ menjadi contoh unggul dalam menceritakan Amerika, dengan barisan pelakon termasuk bintang ‘Walking Dead’ Steven Yeun (kanan) dan pelakon wanita veteran Korea Youn Yuh-Jung, serta lebih meletakkan fokus dalam hubungan keluarga daripada isu perkauman mahupun etnik.

DALAM tahun yang menyaksikan pawagam ditutup akibat COVID-19, lapan filem baharu yang berjaya ditayangkan di skrin telah menarik minat pengundi Academy dan meletakkan mereka dalam pertandingan acara terbesar Hollywood, Oscar untuk filem terbaik.

Filem blokbuster tidak menyertai, namun beberapa pesaing menempa nama, daripada rancangan mewah Netflix yang meraikan zaman kegemilangan Tinselton kepada drama indie kecil berkisar tentang imigran Korea yang berusaha untuk menyesuaikan diri dan meneruskan kehidupan di kawasan pedalaman Amerika.

Berikut adalah lapan filem yang bersaing untuk anugerah utama dalam Anugerah Oscar pada Ahad (pagi Isnin waktu Malaysia):

- ‘The Father’ -

Dibintangi Anthony Hopkins dan diadaptasi oleh penulis drama Perancis Florian Zeller dari penerbitan sendiri, ‘The Father’ membawa penonton dalam pelayaran menggerunkan melalui pengalaman demensia.

Filem itu berlatarkan London di mana seorang ayah yang sakit namun degil Anthony (Hopkins) telah mengusir penjaganya, memaksa anak perempuannya Anne (Olivia Colman) untuk mencari pengganti sebelum dia berangkat ke Paris.

Namun kehidupan Anthony bukan seperti yang disaksikan, membuat penonton mempersoalkan perspektif dia, dalam pada kemampuan dirinya semakin merosot.

- ‘Judas and the Black Messiah’ -

Sebuah corak nada dalam kisah tradisional berkisar kehidupan, filem itu menceritakan tentang ketua Black Panther yang telah dibunuh, Fred Hampton (Daniel Kaluuya) daripada perspektif pegawai FBI yang telah menjadi pembelot, William O’Neal (Lakeith Stanfield).

Diterbitkan oleh Ryan Coogler, pengarah filem adi wira Marvel ‘Black Panther’, filem yang berlatarkan era 1960-an Chicago menyaksikan usaha Hampton untuk menggalakkan aktivis menentang keganasan polis, sungguhpun dia dan pengikutnya telah dikepung FBI.

- ‘Mank’ -

Tiada filem tahun ini dengan pencalonan Oscar sebanyak filem David Fincher, ‘Mank’ sebuah drama hitam-putih berprestij ditaja oleh Netflix.

Mengisahkan Era Keemasan Hollywood, ia menampilkan bintang terkenal lama termasuk David O. Selznick, Louis B. Mayer dan pereka ‘Kane’ Orson Welles.

Drama ini mengisahkan penulis skrin yang beransur tua Herman Mankiewicz (Gary Oldman) yang secara sendiri telah mengolah filem terbaik sepanjang zaman, sementara bergaul dengan pemilik studio dan ahli politik yang menerima rasuah.

- ‘Minari’ -

Pengarah filem Korea-Amerika Lee Isaac Chung mencuba nasib dalam membikin filem ‘Minari’, berkisarkan zaman kanak-kanaknya sendiri.

Difilemkan dalam bahasa Inggeris dan Korea, ‘Minari’ menjadi contoh unggul dalam menceritakan Amerika, menyaksikan imigran berikhtiar untuk membuka jalan buat diri sendiri, dalam kisah ini dengan menanam sayur-sayuran Korea semasa tahun 1980an di Arkansas.

Filem itu mengumpulkan pelakon berbahasa Korea termasuk bintang ‘Walking Dead’ Steven Yeun dan pelakon wanita veteran Korea Youn Yuh-Jung, lebih meletakkan fokus dalam hubungan keluarga daripada isu perkauman mahupun etnik.

- ‘No-madland’ -

Jarang-jarang kalinya sebuah filem mendominasi festival musim luruh dan masih mendahului dalam Oscar, seperti filem Chloe Zhao ‘Nomadland’ pada anugerah musim ini.

Olahan berani dan berlainan dalam filem perjalanan, Kebaratan, drama dan dokumentari, ‘Nomadland’ menggambarkan komuniti tua Amerika yang tinggal luar bekalan elektrik dan dalam van selepas kehilangan semuanya dalam krisis kewangan global.

Pelakon filem itu, turut disertai beberapa orang ‘nomad’ sebenar memainkan watak diri sendiri, juga diketuai persembahan hebat dan asli Frances McDormand.

- ‘Promising Young Woman’ -

Dengan lagu latar pop, kostum berwarna-warni dan pengarah yang tidak diketahui, filem ini bukanlah filem Oscar biasa.

Kemunculan debut Emerald Fennell sebagai pelajar yang meninggalkan sekolah perubatan watak dimainkan Cassie, menyaksikan dia melakar plot balas dendam untuk bekas rakan sekelas yang telah merogol kawan baiknya.

Dalam perancangan itu, niat membalas dendam Cassie mendalam kepada orang kampungnya, lelaki misoginis dan perempuan yang membantu mereka.

- ‘Sound of Metal’ -

Kempen penganugerahan untuk filem ini sudah lama lahir, filem ini membuat debut di festival filem Toronto 2019 dan mula menaik dengan buah mulut untuk mendapat enam pencalonan.

Ini amat menakjubkan dengan filem bajet kecil, indie, tentang Ruben (Riz Ahmed), pemain dram yang mengalami kehilangan pendengaran dan dalam pada masa yang sama bergelut dengan masalah ketagihan.

Ruben menjugel niatnya untuk memulihkan pendengaran dengan implan mahal apabila dia menemui ketenangan dalam komuniti pekak baru yang ditemuinya.

- ‘The Trial of the Chicago 7’ -

Dengan barisan pelakon yang hebat, penulis-pengarah dengan intelektual dan ditayangkan pada masa yang tepat semasa protes besar-besaran 2020 diikuti pilihan raya yang berbelah bahagi, tiada yang menafikan pencalonan Oscar filem ini.

Steven Spielberg meminta Aaron Sorkin untuk mengarang skrip tentang protes 1968 anti Perang Vietnam yang mengejutkan Chicago, dengan keganasan polis dan perbicaraan aneh selepas itu.

Pembikin ‘West Wing’ Sorkin akhirnya menggalas tugas mengarah juga, dan menampilkan pelakon handal seperti Mark Rylance dan Frank Langella di samping pelakon senarai A muda Sacha Baron Cohen dan Eddie Redmayne.

Jika ada mana-mana filem yang dapat mengambil tempat ‘Nomadland’, ‘Chicago 7’ dilihat sebagai yang paling berpotensi, setelah memenangi anugerah berprestij persatuan pelakon Hollywood. — AFP

Advertisement