Anda di sini

Arsad buat laporan polis terhadap tuduhan tidak berasas

Advertisement
ARSAD
ARSAD

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk Mohd Arsad Bistari menafikan beliau terlibat dalam tuduhan penipuan kerja-kerja perlombongan pasir di Sungai  Kuala Abai Kadamaian, Kota Belud.

Katanya, pada khamis, 22 April 2021, beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Aru, Kota Kinabalu berikutan satu hantaran di media sosial Facebook 'HELLO Kinabalu' yang memetik nama beliau dengan tuduhan penipuan dalam kerja-kerja perlombongan pasir berkenaan.

"Dakwaan yang dibuat adalah tidak berasas dan merupakan satu fitnah. Saya telah memohon pihak polis untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya pada kadar segera," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau juga telah merujuk kepada peguam untuk mendapatkan nasihat bagi mempertimbangkan tindakan susulan perundangan terhadap pihak-pihak yang dengan sengaja membuat tuduhan palsu yang mengaibkan dirinya.
 

  • oleh
  • Advertisement