Anda di sini

DBKK sita, tunda kenderaan terbiar

Advertisement
 Salah sebuah kenderaan terbiar yang dialihkan oleh DBKK di sini.
ALIH: Salah sebuah kenderaan terbiar yang dialihkan oleh DBKK di sini.


KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menyita dan menunda 29 kenderaan terbiar di tempat awam dalam satu operasi yang dijalankan hampir dua minggu sekitar Kampung Likas di sini.

Pengarah Penguatkuasa DBKK Abdul Mukti  Muchlish berkata kesalahan membiarkan kenderaan adalah satu kesalahan mengikut Undang-Undang Kecil Anti Sampah Sarap DBKK 1984 (Pindaan 2005).

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat 46 kenderaan terbiar pihak DBKK sudah memberikan Notis Arahan Untuk Mengalihkan Kenderaan Terbiar sejak dua bulan lepas kepada pemilik yang dikenalpasti. 

“17 daripadanya sudah dialihkan sendiri oleh pemilik dan 29 yang lain ditunda serta dialihkan oleh DBKK.

“Kesemua kenderaan yang ditunda akan dilupuskan jika tidak dituntut dalam tempoh 30 hari,” katanya.

Dalam pada itu katanya, sepanjang tahun lalu DBKK mengeluarkan 152 Notis di seluruh kawasan DBKK dan hanya 82 kenderaan yang dialihkan oleh pemilik.

“Bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini pula kita mengeluarkan 75 Notis kepada pemilik dan hanya 13 kenderaan yang dialihkan oleh pemilik.

“DBKK amat mengharapkan kerjasama semua warga bandaraya agar tidak meletakkan kenderaan terbiar di tempat awam sehingga menyebabkan kekotoran dan menjadi punca masalah kesihatan termasuk tempat pembiakan nyamuk aedes,” katanya.

Beliau turut mengingatkan warga bandaraya untuk bersama-sama menjaga kebersihan demi kesihatan dan kesejahteraan semua pihak.

  • oleh
  • Advertisement