Anda di sini

West Brom tewaskan Southampton, elak penyingkiran

Advertisement
 Pereira (kiri) meraikan gol kemenangan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara  West Bromwich Albion dan Southampton di stadium Hawthorns di West Bromwich, kelmarin. — Gambar AFP
PEMBUKA TIRAI: Pereira (kiri) meraikan gol kemenangan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara West Bromwich Albion dan Southampton di stadium Hawthorns di West Bromwich, kelmarin. — Gambar AFP

LONDON: West Bromwich Albion membangkitkan harapan untuk mengelak penyingkiran daripada Liga Perdana selepas menyelesaikan kontroversi video bantuan pengadil (VAR) untuk mengatasi Southampton 3-0, sementara harapan Everton lenyap untuk meraih slot empat teratas selepas seri 0-0 kepada Brighton pada Isnin.

Albion menyaksikan gol Mbaye Diagne dibatalkan dengan rujukan VAR pada awal separuh masa pertama di Hawthorns.

Namun pasukan Sam Allardyce bangkit daripada kekecewaan itu dengan merembat masuk dua gol pendahulu dalam separuh masa pertama hasil daripada gol penalti Matheus Pereira dan rembatan Matt Phillips.

Callum Robinson memberi kemenangan kedua berturut-turut West Brom selepas masa rehat menyaksikan pasukan  Baggies itu menambah kejayaan selepas perlawanan 5-2 ke atas Chelsea.

Pasukan kedua tercorot Albion telah melangkah dengan lapan mata daripada pasukan empat terbawah Newcastle berbaki tujuh perlawanan lagi.

Kumpulan Baggies itu mencatat lapan skor dalam dua perlawanan terbaru mereka, lebih dua daripada yang telah dijaringkan mereka dalam 11 perlawanan sebelumnya secara keseluruhan, namun kebangkitan mereka agak terlambat untuk menyelamatkan mereka daripada terlepas ke Kejohanan.

“Kami mendapat dua kemenangan penting yang membingitkan telinga pasukan lain tetapi malangnya kami perlu bergantung kepada kekalahan orang lain,” kata Allardyce.

Peraturan VAR baharu musim ini mendatangkan masalah dengan teknologi itu dan menimbulkan persoalan daripada Allardyce.

“Saya rasa begitulah,” katanya apabila ditanya jika VAR itu menjadi bahan lawak. “Ramai antara kami tidak diberi peluang untuk menampilkan pendapat untuk menambah baiknya.”

Persembahan hambar Southampton merupakan persediaan paling teruk buat permainan minggu hadapan dalam separa akhir Piala FA menentang Leicester.

Selepas hanya empat  minit perlawanan sudah menampakkan petang yang mengecewakan buat Albion.

Diagne menanduk masuk dari jarak dekat namun dibatalkan kerana ofsaid,  dengan bantuan VAR turut mengesahkan bukti yang sama setelah kamera televisyen tidak dapat merakam sudut tepat untuk memberi bukti sah bahawa penyerang itu on atau ofsaid .

Pereira dikecewakan oleh penjaga gol Saints Fraser Forster pada minit ke-32 namun pemain Brazil itu memberi tentangan dan menyempurnakan sepakan penalti.

Phillips menjaringkan skor kedua tiga minit kemudian, selepas menyambut lorongan Diagne daripada tiang gol.

Robinson mengukuhkan keputusan pada minit ke-69 selepas beliau merembat masuk bola yang diumpan Okay Yokuslu.

Menambah kegirangan Southampton, Johnstone menyelamatkan sepakan penalti masa kecederaan James Ward-Prowse setelah Conor Townsend mengasari Moussa Djenepo.

Di Amex Stadium pula, Everton berharap untuk merapatkan jurang dengan pasukan tempat keempat West Ham dalam perlumbaan untuk merebut slot kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Brighton mendominasi dalam tempoh yang panjang menyaksikan Neal Maupay dan Yves Bissouma dengan sepakan tinggi, kedua-duanya hampir mendapat gol dalam separuh masa pertama.

Hantaran tangkas Lewis Dunk dinafikan dengan kemas oleh penjaga gol  Everton Robin Olsen selepas masa rehat.

Alex Iwobi juga hampir mencatatkan mata buat Everton apabila cubaan beliau tersasar pada minit terakhir.

Everton, di tangga kelapan, kini tujuh mata di belakang West Ham dengan berbaki satu perlawanan, manakala Brighton melangkah tujuh mata daripada zon penyingkiran.

“Sikap  pasukan kami bagus, kualiti permainan tidak berapa bagus,” kata Ancelotti,  yang turun padang tanpa pemain penyerang England Dominic Calvert-Lewin yang tercedera.

“Kami masih bersaing. Ia semakin sukar namun kami tidak akan mengalah. Ini merupakan musim yang aneh dengan keputusan tidak dapat dijangka.” — AFP

Advertisement