Anda di sini

COVID-19: Sarawak rekod 351 kes hari ini

Advertisement
 

KUCHING: Jumlah jangkitan harian COVID-19 di Sarawak menurun kepada 351 kes hari ini, berbanding 443 kes semalam, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Menurut JPBNS, daerah Bintulu merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 123 kes diikuti Sibu (64), Kuching (30) dan Kapit (25).

Manakala lain-lain kes dikesan di Mukah (23), Miri (16), Saratok (10), Sarikei (10), Julau (9), Meradong (8), Selangau (5), Sri Aman (5), Bau (4), Limbang (4), Beluru (3), Kanowit (3), Bukit Mabong (2), Serian (2), Belaga (1), Sebauh (1), Song (1), Subis (1) dan Kabong (1). 

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 20,352 kes.

“Daripada 351 kes baharu yang dilaporkan, seramai 51 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 257 orang kes yang dikesan adalah terdiri daripada individu diberikan arahan perintah kuarantin di pusat kuarantin disediakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPBNS berkata, bagaimanapun tiada kematian melibatkan jangkitan COVID-19 direkodkan di Sarawak hari ini, menjadikan jumlahnya kekal 124.

“Turut dimaklumkan hari ini juga terdapat 208 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Bintulu (76), Hospital Sibu (35), Hospital Miri (22), PKRC Serian (19), Hospital Sarikei (16), PKRC Penjara Sri Aman (13), PKRC Mukah (11), Hospital Umum Sarawak (8), PKRC di bawah Hospital Kapit (6) dan PKRC Betong (2). 

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 16,452 orang daripada jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak,” katanya.

Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital pula adalah seramai 3,713 orang.

Manakala seramai 351 individu disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.

Mengenai kluster di Sarawak, JPBNS berkata, sebanyak 49 kluster yang masih aktif. 

Daripada jumlah tersebut, sebanyak tujuh kluster yang melaporkan penambahan kes manakala 42 kluster lagi tidak ada penambahan kes.

  • oleh
  • Advertisement