Anda di sini

Traore ledak gol kemenangan minit akhir

Advertisement
 Sebahagian daripada babak aksi perlawanan EPL di antara Fulham dan Wolves di Craven Cottage, London. — Gambar AFP
SENGIT: Sebahagian daripada babak aksi perlawanan EPL di antara Fulham dan Wolves di Craven Cottage, London. — Gambar AFP

LONDON: Adama Traore meledakkan gol jaringan masa kecederaan menyaksikan Wolves menewaskan Fulham 1-0 di Craven Cottage pada Jumaat dan menghantar pasukan London itu lebih dekat dengan zon penyingkiran dalam Liga Perdana.

Dalam masa tambahan, Traore mara ke sudut kiri sebelum merembat masuk untuk mengikat kemenangan pertama pasukannya sejak Februari.

Sungguhpun begitu, jurulatih Fulham, Scott Parker menegaskan pasukannya masih boleh bangkit dari kejatuhan itu.

“Kami berada di posisi ini, namun kami  mempunyai peluang untuk bersaing kerana kamu boleh melihat pada penghujung permainan, pasukan dan sekumpulan pemain yang terdesak,” katanya.

“Kami akan berusaha, dalam keperitan, kesakitan namun kamu perlu sentiasa bangkit dan menentang, itulah yang akan kami lakukan.”

Bagi Traore, ia petang yang terpahat dalam ingatan memandangkan itu ialah gol pertamanya dalam Liga Perdana sejak Disember 2019.

“Saya sangat gembira. Kami memerlukan gol itu, keadaan telah menjadi sukar buat kami,” kata pemain Sepanyol itu.

“Saya bekerja keras sepanjang minggu ini, mencuba untuk mengejar antara permainan.

“Jika saya dapat membantu pasukan untuk yang terbaik saya akan melakukannya. Saya percayakan kualiti diri sendiri.”

Pemain penyerang Wolves Willian Jose mendapati cubaannya gol pertamanya untuk kelab itu gagal apabila tandukannya dalam masa kecederaan separuh masa pertama telah dinafikan kerana ofsaid oleh Daniel Podence selepas merujuk  video bantuan pengadil (VAR).

Fulham telah kalah empat permainan liga sebelum ini namun kemenangan terbaru yang mengejutkan ke atas Liverpool di Anfield pada 7 Mac.

Mereka kekal pasukan ketiga tercorot, tiga mata di belakang Newcastle yang bermain kurang dua perlawanan daripada mereka.

Wolves di tempat ke-12 dan selamat dalam Liga Perdana untuk musim ini. — AFP

Advertisement