Anda di sini

KPKT peruntuk RM3 juta untuk kerja naik taraf kemudahan awam di Bau

Advertisement
Zuraida (lima kiri) menyampaikan replika cek kepada Kuan dan disaksikan yang lain.
Zuraida (lima kiri) menyampaikan cek cura kepada Kuan sambil disaksikan yang lain.

KUCHING: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM3 juta untuk kerja-kerja menaik taraf dan baik pulih kemudahan awam di dalam daerah Bau.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata peruntukan itu disalurkan kepada Majlis Daerah Bau (MDB) dalam usaha meningkatkan industri pelancongan di daerah tersebut.

"Menerusinya, dapat ditingkatkan ekonomi penduduk tempatan kerana ada dalam kalangan penduduk di sini yang hilang pekerjaan atau perniagaan tidak dapat diteruskan ketika wabak COVID-19 melanda tahun lalu.

"Pasar Serikin di persempadan negeri dengan Kalimantan adalah tempat yang harus ditingkatkan supaya menjadi lebih menarik lagi sebagai tarikan kepada lebih ramai pelancong untuk datang," katanya pada sidang media selepas sesi perjumpaan dengan pemimpin masyarakat setempat di sebuah restoran di Bau, hari ini.

Pada masa yang sama ia akan membantu meningkatkan ekonomi tempatan dan memberi lebih pendapatan kepada penduduk setempat disini.

Medan selera di bawah jagaan MDB juga diusulkan pembinaan sebuah 'rumah asap' yang menyajikan hidangan panggang.

"Pihak kami akan membantu meluluskan lebih banyak peruntukan untuk membantu MDB dan juga penduduk tempatan di sini," tambahnya.

Sebelum itu, Zuraida telah mengadakan lawatan ke SJK Chung Hua Bau dan menyampaikan wang berjumlah RM15,000 kepada Pengerusi Ahli Lembaga Sekolah, Kuan Kim Tian.

Menerusi peruntukan tersebut, apa yang dipersetujui dengan pihak Yayasan Komuniti Negara (YKN), akan digunakan untuk membina kemudahan jalan sehaluan yang baharu dan atap sekolah.
 

Advertisement