Anda di sini

Program Gotong Royong Bersihkan Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Printing Kapayan 10 April 

Advertisement
MOHD AZLIN
MOHD AZLIN

KOTA KINABALU: Sempena kehadiran bulan Ramadan al-Mubarak yang bakal tiba beberapa hari saja lagi, Biro Pemantapan Spiritual Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tanjung Aru Baru akan menganjurkan Program Gotong Royong Membersihkan Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Printing Kapayan pada Sabtu ini (10 April).

Program dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Al-Amin Kg. Tanjung Aru Baru dan penduduk Kg. Tanjung Aru Baru akan bermula jam 7.00 pagi.

Jurucakap pengerusi penganjur Mohd Azlin Mohamed Ashri berkata, pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah turut dijemput bagi menjayakan program ini yang antara lain bertujuan bagi membersihkan tanah perkuburan berkenaan.

"Ini termasuk membersihkan semak samun dan memotong pokok-pokok besar yang tumbang di kawasan tanah perkuburan ini," katanya di sini.

Beliau sehubungan dengan itu turut menjemput masyarakat Islam di Tanjung Aru khususnya keluarga dan waris-waris yang berkenanaan di Kg Tanjung Aru Baru, Kg. Tanjung Aru Lama dan Pangsapuri Tanjung Aru untuk datang beramai-ramai bagi menjayakan program gotong royong ini.

Katanya, selain memupuk kerjasama kalangan penduduk dan waris keluarga si mati yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Printing ini, program sebegini akan dapat mewujudkan semangat kerjasama, memupuk ukhuwah dan silaturahim kalangan penduduk yang hadir.

"Selain membersih dan lebih menceriakan kawasan tanah perkuburan ini, ianya juga secara tidak langsung menghindar daripada binatang berbisa seperti ular, biawak dan sebagainya bersarang di kawasan ini," jelasnya.

Beliau turut meminta penduduk yang akan menyertai program gotong royong ini membawa bersama peralatan memotong dan membersihkan seperti parang, kapak, penyapu dan sebagainya.

  • oleh
  • Advertisement