Anda di sini

Tujuh warga asing diusir keluar

Advertisement
 Antara warga asing yang diperiksa dan diusir.
TAHAN : Antara warga asing yang diperiksa dan diusir.

TAWAU : Tujuh warga asing cuba masuk ke negara ini berjaya diusir keluar oleh Pasukan Polis Marin (PPM), di kawasan perairan berhampiran pelabuhan di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, anggota PPM yang menjalankan tugas Ops Benteng mengesan pergerakan sebuah bot penumpang menuju perairan Tawau.  

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Polis Mohd Nazari Ismail berkata hasil pemeriksaan terdapat empat lelaki dan tiga wanita berumur 27 hingga 54 tahun di dalam bot tersebut.

"Hasil siasatan lanjut, kesemua individu yang diperiksa itu merupakan warga asing dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,"katanya dalam kenyataan media, di sini.

Menurutnya, juragan dan penumpang bot terbabit telah diberi penerangan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sepertimana yang ditetapkan dalam Akta Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1998.

"Anggota PPM yang bertugas sudah membuat laporan polis untuk memaklumkan kejadian tersebut sebelum bertindak mengiringi bot tersebut keluar dari negara ini.

"Kesemua individu terbabit diberi amaran supaya tidak kembali semula ke negara ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19 masuk ke daerah ini,"katanya.

Nazari berkata, Ops Benteng kini memberi fokus kepada pendekatan pengusiran pendatang tanpa izin (PTI) yang cuba memasuki perairan negara berbanding tangkapan sebelum ini.

"Pendekatan itu dibuat sebagai langkah pencegahan awal agar tiada kemasukan warga asing dan mencegah peningkatan kes COVID-19 di daerah Tawau,"katanya.

  • oleh
  • Advertisement