Anda di sini

PAS Sabah akan bantu kempen ambil vaksin Covid-19

Advertisement
DR. ALIAKBAR BIN GULASAN
DR. ALIAKBAR BIN GULASAN

KOTA KINABALU:  Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah akan menggerakkan seluruh jentera parti untuk membantu kerajaan melaksanakan kempen pengambilan vaksin Covid-19.

Ini berikutan kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang menyatakan bahawa hanya 11 peratus rakyat Sabah mendaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19, iaitu satu angka yang sangat rendah.

Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan berkata PAS Sabah akan berbincang dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan yang boleh dilakukan.

"PAS Sabah juga akan membuat kempen sendiri termasuk poster dan risalah sama ada berbentuk fizikal ataupun secara dalam talian," katanya.

“Kami juga akan menggunakan semua jentera parti seperti PAS Kawasan, Dewan Pemuda, Ulama dan Muslimat serta semua intitusi di bawah kelolaan PAS Sabah,” jelasnya.

“Saya berpandangan kempen untuk mendapatkan vaksin mesti dilakukan oleh semua pihak sama ada agensi kerajaan, parti politik dan juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan,” kata Dr Ali akbar.

"Dalam setiap program kebajikan dan kemanusiaan di bawah kelolaan PAS Sabah juga akan diselitkan kempen kesedaran ini," katanya.

  • oleh
  • Advertisement