Anda di sini

City bawa kelebihan untuk aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara bertemu Dortmund

Advertisement
 Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara di antara Manchester City dan Borussia Dortmund di Stadium Etihad. — Gambar AFP
TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara di antara Manchester City dan Borussia Dortmund di Stadium Etihad. — Gambar AFP

MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, berkata pasukannya ‘merasai tekanan’ jangkaan dalam Liga Juara-Juara ketika mereka memerlukan gol kemenangan Phil Foden pada minit ke-90 untuk mencipta kemenangan tipis 2-1 pada perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Borussia Dortmund pada Selasa.

City sudah menang 27 dari 28 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan untuk terus berada di landasan memenangi empat kejuaraan pada musim ini – Liga Juara-Juara, Liga Perdana  Inggeris, Piala FA dan Piala Liga.

Tetapi mereka gagal melepasi peringkat suku akhir Liga Juara-Juara sepanjang empat tahun terakhir Guardiola sebagai pengurus.

“Kami merasai tekanan hari ini, dalam pertandingan ini dan bermain di tempat sendiri, tidak menyedari bagaimana untuk bertindak,” kata Guardiola.

“Ia lebih baik untuk  menang berbanding seri tetapi walaupun pad 1-1, kami mempunyai 90 minit untuk melakukannya.”

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi di Jerman pada 14 April dengan pemenang akan bertemu sama ada Bayern Munich atau Paris Saint Germain (PSG) di separuh akhir.

Dortmund berada dalam risiko gagal layak ke Liga Juara-Juara musim hadapan berdasarkan kedudukan mereka dalam Bundesliga Jerman ketika ini – tujuh mata di luar empat tangga teratas.

Bagaimanapun, Dortmund bermula memberangsangkan sehinggalah Emre Can hilang bola kepada Riya Mahrez dan City melancarkan serangan pantas dengan gandingan Kevin De Bruyne, Foden dan Mahrez sebelum penyudah kemas dilakukan De Bruyne.

City memikirkan mereka mempunyai peluang cerah untuk menambah jaringan tidak lama selepas itu apabila Rodrigo dikasari Can dalam kotak penalti dengan pengadil tidak teragak-agak memberikan penalti, namun pengadil, Ovidiu Hategan, mengubah keputusan itu selepas membuak semakan video bantuan pengadil (VAR), salah satu dari beberapa keputusan meragukan oleh pengadil berasal dari Romania itu.

Ketika City membayangkan kemenangan penting, Marco Reus menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-84 selepas satu umpanan cantik Haaland.

Dan harapan Dortmund untuk membawa keputusan seri 1-1 pada perlawanan kedua musnah apabila Foden menjaringkan gol kemenangan minit akhir dari umpanan Ilkay Gundogan. — AFP

Advertisement