Anda di sini

Lahar mengalir dari rekahan baharu di gunung berapi Iceland

Advertisement
 Gambar serahan Jabatan Perlindungan Awam dan Pengurusan Kecemasan Iceland menunjukkan lahar mengalir dari rekahan baharu berhampiran Grindavik kelmarin.  — Gambar AFP
ALIRAN BAHARU: Gambar serahan Jabatan Perlindungan Awam dan Pengurusan Kecemasan Iceland menunjukkan lahar mengalir dari rekahan baharu berhampiran Grindavik kelmarin. — Gambar AFP

REYKJAVIK: Letusan gunung berapi Iceland yang berlangsung selama dua minggu, telah memasuki fasa baharu kelmarin dan televisyen memaparkan rekahan baharu terbuka dan mula memuntahkan lahar.

Rekahan 200 meter itu berkedudukan satu kilo-meter dari letusan pertama, di lembah Geldingadalur, kata Pejabat Meteorologi Iceland (IMO) dalam satu kenyataan.

Ia terbuka sekitar tengah hari waktu tempatan, tambah IMO.

Siaran langsung televisyen dalam saluran tempatan RUV menunjukkan sedikit magma oren berasap di permukaannya. Aliran lahar baharu itu sedang melimpah ke lembah lain, Merardalir.

Imej oleh pejabat Perlindungan Awam Iceland menunjukkan sebuah aliran magma panjang, nipis me-ngalir menuruni bukit-bukau sejauh beratus-ratus meter dari rekahan baharu itu, dan seluruh kawasan dipenuhi asap.

Pada mulanya lahar itu bergerak dengan kelajuan 10 meter sesaat menuruni cerunan itu, namun ia telah perlahan sekarang, kata ahli gunung berapi Thorvaldur Thordarson.

“Firasat saya mendapati tiada tanda-tanda ini akan berhenti,” tambah Thor-darson.

“Kita akan menyaksikan ini buat seketika,” katanya tanpa memberi tempoh jangkaan.  

Pejabat Meteorologi ber-kata, helikopter sedang me-mastikan orang ramai beredar dari kawasan itu manakala saintis dalam perjalanan untuk menilai rekahan itu.

Pihak berkuasa menutup jalan masuk ke kawasan letusan itu sebagai langkah berjaga-jaga dan telah mula mengeluarkan pemerhati, kata IMO. Orang ramai  berkumpul di sana untuk menyaksikan kejadian itu sejak letusan bermula pada 19 Mac.

Pakar Iceland, pada mula-nya menyangka letusan berhampiran Gunung Fagradalsfjall itu akan terjadi seketika sahaja, kini meramal ia boleh berterusan selama beberapa minggu atau lebih. Gunung berapi itu terletak hanya 40 kilometer dari ibu kota Reykjavik.

Sungguhpun Iceland mempunyai banyak gunung berapi aktif daripada semua negara di Eropah, semenanjung Reykjanes itu tidak pernah mengalami letusan sejak kurun ke-13, menyaksikan ia berterusan selama 30 tahun, daripada 1210 ke 1240.

Menurut kiraan jabatan pelancongan Iceland, 36,293 orang telah mengunjungi kawasan itu setakat hari Ahad, di mana lahar melimpah dari dua kawah kecil.  

Pada 2010, satu letusan di gunung berapi Eyjafjallajokull telah menyembur kepulan asap dan debu tebal ke atmosfera, mengganggu trafik udara selama lebih seminggu, membatalkan lebih 100,000 penerbangan seluruh dunia dan mengakibatkan 10 juta penumpang terkandas. — AFP   

Advertisement