Anda di sini

Bekalkan anak-anak dengan pensanitasi tangan, jaga diri

Advertisement
HEE
HEE

MIRI: Ibu bapa diminta menyediakan pensanitasi tangan kepada anak-anak mereka yang akan kembali bersekolah pada hari ini.

Ketua Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) Sarawak Peter Hee menggesa ibu bapa me-ngutamakan kesihatan anak-anak dan melatih mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan jangkitan COVID-19.

“Saya berharap ibu bapa menjaga kesihatan anak-anak mereka, sediakan pensanitasi tangan untuk anak-anak bawa ke sekolah dan suruh jaga kebersihan diri sendiri,” jelasnya semalam.

Hee yang juga Ketua Pemuda DAP Miri menggesa kerajaan negeri mempercepatkan program imuninasi rakyat di negeri ini.

“Golongan guru harus diutamakan menerima suntikan vaksin khasnya guru yang dihantar berkhidmat di luar bandar dan pedalaman.

“Peranan semua pihak memutuskan rantaian jangkitan dapat mengurangkan jangkitan termasuk di kawasan sekolah,” tambahnya.

“Sekiranya anak didapati tidak sihat, jangan hantar mereka ke sekolah.

“Tidak kisah ibu bapa atau guru, kita semua perlu patuh kepada SOP di sekolah,” jelas Hee.

Pembukaan sesi persekolahan bersemuka untuk sekolah-sekolah rendah di sini telah ditangguh pada bulan lalu kerana peningkatan kes jangkitan.

Sekolah rendah beroperasi semula bersama sekolah menengah pada hari ini selepas cuti sekolah penggal pertama.

  • oleh
  • Advertisement