Anda di sini

KUWTK berakhir namun drama keluarga Kardashian tetap ada

Advertisement
 Kim Kardashian (kiri) dan ibunya Kris. — Gambar AFP
PENUH DRAMA: Kim Kardashian (kiri) dan ibunya Kris. — Gambar AFP

BAGI sesetengah orang, ia merupakan jurang budaya yang amat dalam, melodrama yang mengasyikkan, namun apa jua pandangan anda ‘Keeping Up With The Kardashians’ (KUWTK) telah berjaya dalam membawa  realiti ke kaca televisyen dan media sosial yang mendatangkan kekayaan kepada keluarga itu.

Seorang ahli perniagaan yang bergaya, Kim Kardashian merupakan salah satu tarikan utama rancangan itu, dan ibunya Kris pada tahun lalu juga menyertai trend menyiarkan strim.

Selepas KUWTK keluarga itu telah mengumumkan kerjasama bersama Disney, untuk rancangan baharu di Hulu dan platform Star.

Tetapi mereka kini sedang menyudahkan rancangan yang menempa nama mereka, yang masih disiarkan di saluran E! sungguhpun jumlah penonton semakin menurun sejak kemuncak musim 4, pada 2010.

Sejak dilancarkan pada 2007, rancangan realiti televisyen yang sangat berjaya itu menayangkan keluarga Kardashian dan  kehidupan harian mereka, selalu menampilkan drama keluarga dan hubungan tegang antara pasangan.

Dengan musim ke-20 dan terakhir ini menjanjikan banyak emosi, berskrip atau tidak, dengan persoalan rumah tangga Kourtney dan Scott, anak kedua Khloe dan Tristan, serta berita perpisahan Kim dan Kanye West, drama keluarga ini memang tidak dapat dipertikaikan.

“Tiada sesiapapun yang sangat bodoh untuk mempercayai program itu tidak dilatih terlebih dahulu,” kata Ellis Cashmore, seorang pelajar sosiologi di Universiti Aston.

“Sebahagian daripada hiburan ialah jenaka mereka,” tambahnya.

Namun di sebalik skrip, ia menampilkan kebenaran dalam keluarga itu: “Kim dan keluarganya menampilkan persona sebenar dalam rancangan itu dan di akaun media sosial mereka. Penonton mempercayainya dan mahu menjadi seperti mereka,” kata Christine Kowalczyk, seorang profesor pemasaran di Universiti East Carolina.

Kim melakar banyak inspirasi daripada Paris Hilton, yang terkenal pada awal era 2000 dan berjaya meraih pendapatan sebagai selebriti.

Anak perempuan mendiang Robert Kardashian, peguam terkenal yang mempertahankan O.J. Simpson dalam perbicaraan pembunuhannya, penampilan utama Kim dalam rancangan itu mencuri tumpuan serta memberinya pengaruh dalam media sosial, yang semakin menaik semasa rancangan itu ditayangkan.

Kim, 40, mempunyai 210 juta orang pengikut di Instagram dan menurut Kowalczyk “sangat inovatif dan berjaya membuat perubahan” dalam peng-gunaan sosial media.  

“Penggunaan sosial medianya bukan rawak,” kata profesor pemasaran itu. “Dia menggunakan platform berlainan untuk mencipta dan mengekalkan imej jenamanya.”

Keluarga itu juga menampilkan elemen unik lain yang menarik penonton yang mahu menyaksikan tayangan seterusnya dalam drama yang berpanjangan.

Kim telah menukar jenama yang direkanya kepada kekayaan: menurut Forbes, dia bernilai AS$780 juta.

Dengan kontrak penyiaran bersama E! yang bernilai AS$30 juta setahun, dia melancarkan beberapa rangkaian produk, antaranya jenama kosmetik KKW Beauty.

Kekayaan mereka juga dibawa oleh adik tirinya Kylie Jenner dianggarkan bernilai AS$700 juta dan jumlah aset keluarga itu, yang bermula dari sedikit, kini hampir mencecah AS$2 bilion (RM 8 bilion).

Namun terdapat kontroversi di sebalik rancangan itu.

“Keluarga Kardashian menampilkan ketegangan dalam golongan kaya-raya, namun ini juga boleh merosotkan moral kita,” kata Cashmore. “Apa yang saya maksudkan ialah kita menjadi taksub untuk mengetahui kehidupan peribadi orang lain.”

Pada suatu tahap rancangan itu telah menjadi platform untuk membantu menampilkan pasangan berlainan kaum sebagai normal, atau untuk membiasakan penonton dengan golongan transgender. Perubahan jantina bekas suami Kris, Caitlyn Jenner dipaparkan dengan jelas di hadapan kamera.

Para penganalisis lain menunjukkan bahawa rancangan itu menampakkan wanita berdikari berusaha untuk mengambil peluang dalam kehidupan peribadi dan profesional.

Apa jua projek Disney mereka seterusnya, peng-akhiran rancangan itu tidak akan menamatkan nama keluarga Kardashian: Me-reka “sentiasa berubah mengikuti peredaran untuk mengekalkan diri dan jenama mereka di pasaran,” kata Kowalcyzk. — AFP

Advertisement