Anda di sini

Netflix, ‘Lupin’ dan peraturan EU cetuskan revolusi televisyen

Advertisement
 

‘LUPIN’, sebuah siri Perancis yang dihidupkan semula yang berlatarbelakangkan di Paris, telah menaikkan nama Omar Sy menjadi bintang dan memenuhi impian bintang Eropah itu untuk menakluki Hollywood.

Namun, dalam plot berani yang setara dengan pencuri budiman itu, kejayaan mengejut penerbit Eropah itu adalah hasil usaha Netflix, sebuah contoh unggul kisah kejayaan Amerika.

Netflix sedang melabur dengan banyak untuk menjadi pesaing televisyen global, namun apabila membuat rancangan di Eropah, syarikat itu, dengan syarikat lawan Disney Plus dan Amazon Prime, sebenarnya tidak mempunyai pilihan.

Sejak 2018, peraturan Kesatuan Eropah (EU) memutuskan bahawa platform wajib memberi pelanggan sekurang-kurangnya 30 peratus kandungan dari Eropah, untuk memastikan mereka melabur dalam rancangan tempatan.

Menurut syarikat itu, Netflix menampilkan 100 filem dan siri dalam pelbagai peringkat penerbitan di seluruh Kesatuan Eropah dengan kru penghasilan bekerja keras di Perancis, Sepanyol, Jerman dan Itali.

“Apabila kami fikir tentang kandungan dari Eropah kami memikirkan tentang: ‘Apa rancangan yang akan menjadi gempar di Perancis dan semua penduduknya suka?” kata Larry Tanz, penyelia program asli Netflix bagi Eropah.

“Dan penemuan kami ialah, jangan terlalu sederhana, rancangan yang dapat jatuh dalam dua kategori. Terdapat rancangan yang sangat tempatan... seperti ‘Love and Anarchy’ di Sweden ... dan rancangan seperti ‘Barbarians’ atau ‘Casa de Papel’ atau ‘The Crown’ akan mendapat potensi lebih luas.”

Tambahan pula Netflix mahu nampak seperti tempatan.

Salah seorang eksekutif mereka di Paris ialah Damien Couvreur, menyatakan Netflix mahu memberi isyarat “bahawa kami sanggup memberi komitmen dan mencari tempat dalam industri Perancis”.

“Kami cuba untuk tidak mengulangi apa yang telah ada,” tambahnya. Netflix kini mahu sesuatu yang unik dan asli, katanya.

Penulis skrin dari Belgium, Sanne Nuyens telah menikmati kemasyhuran Netflix.

Rancangannya ‘Hotel Beau Sejour’, fantasi  seram yang ditulis bersama Bert Van Dael, menjadi terkenal semalaman di platform itu, mendapat pujian daripada penulis terkenal AS Stephen King.

“Kamu menulis rancangan untuk kelompok penonton tertentu dan jika kelompok itu membesar, bukan sahaja warga Flanders atau Belgium, tetapi Eropah dan seluruh dunia, ia menakjubkan,” katanya.

Namun menghasilkan kandungan berkualiti ialah sesuatu yang mahal, memaksa syarikat pembuatan untuk bekerjasama.

Elly Vervloet merupakan orang penting dalam dinamik baharu itu, bertanggungjawab dalam penerbit Flemish VRT, pencipta ‘Hotel Beau Sejour’.

Inisiatif Drama Vervloet di Kesatuan Penyiaran Eropah mengumpul dana, membolehkan penyiar untuk menerokai projek yang lebih mahal dan menyaingi Netflix.

Jika kerjasama penghasilan itu tidak membuahkan  hasil, Vervloet menyatakan Netflix merupakan “rakan kongsi yang baik” namun “ada sesuatu sebaliknya. Kamu harus menyuarakan hak dan jenama kamu. Kamu mesti kuat dalam perundingan.”

Jerome Dechesne, pengerusi CEPI, sebuah persekutuan untuk penghasil Eropah, menyatakan Netflix berurusan seperti cara  Hollywood: “Mereka membiayai semuanya dan simpan selebihnya.”

Tetapi dia memuji Netflix kerana berjaya mengatasi “oligopoli” penyiaran besar seperti  BBC atau TF1 Perancis yang telah menguasai filem dan drama TV di Eropah selama berdekad.

Tambahan lagi, Netflix berjaya menamatkan “kekurangan yang kom-pleks” dalam rancangan yang bukan berbahasa Inggeris. — AFP

Advertisement