Anda di sini

Spike Lee ketuai barisan juri Festival Filem Cannes

Advertisement
SPIKE LEE
SPIKE LEE

PENGARAH AS Spike Lee akan mengetuai juri di Cannes Film Festival pada Julai, menjadikan beliau kaum hitam pertama untuk menggalas  tugas itu.

Pembuat filem kelahiran New York itu sepatutnya menjalankan tanggungjawab dalam acara tahun lalu, namun dibatalkan ekoran pandemik.

Menerima jemputan itu dengan mesej di Twitter, Lee berkata  beliau “sangat berbesar hati”.

 “Pada 1986, filem sulung saya ‘Shes Gotta Have It’ telah dimainkan di situ dan itu merupakan pengenalan saya dalam dunia wayang, jadi Cannes sentiasa ada tempat istimewa dalam hati saya,” katanya.

Dengan jangkitan COVID-19 masih melambung di Perancis, dan negara itu perlahan menjalankan kempen vaksinasi, timbul kesangsian sama ada acara tahun ini akan berjalan seperti yang dirancang pada 6 sehingga 17 Julai, selepas ditunda dari perancangan biasa pada Mei.

Itu akan menjadi acara perhimpunan terbesar dalam industri global setelah lebih setahun, setelah festival lain ditangguh mahupun dijalankan secara maya beberapa bulan lepas.

Lee, 63, sudah menempa nama di Cannes, membuat tujuh tayangan perdana filemnya di situ dan memenangi tempat kedua dalam Grand Prix 2018 untuk ‘BlacKkKlansman’ berkisar tentang seorang polis berkulit hitam menyelinap masuk Ku Klux Klan.

“Selama  berbulan-bulan kami meragui, Spike Lee tidak pernah berhenti memberi dorongan kepada kami,” kata presiden festival  Pierre Lescure.

“Kami amat menghargai personaliti yang kuat itu untuk menyokong kami dalam kesukaran.”

Dengan penghasilan buku yang membuka mata tentang isu kaum dan politik di AS, Lee tampil sebagai pilihan simbolik dalam masa industri filem Perancis diselubungi kontroversi tentang perwakilan kaum minoriti.

Juri Cannes, yang bertanggungjawab memilih pemenang Palme d’Or, jarang-jarang menampilkan kepelbagaian dalam barisan kerusi presiden.

Penulis dari Hong Kong, Wong Kar-wai, merupakan satu-satunya dari Asia yang pernah menyandang tanggungjawab itu, dan pelakon wanita Perancis-Algeria Isabelle Adjani ialah warga Afrika pertama semasa festival tahun 1997.

Lee telah meneroka banyak genre, namun paling terkenal dengan filem yang menonjolkan pengalaman kaum Afrika-Amerika.

Daripada filem klasik berkisarkan kehidupan  seperti ‘Do the Right Thing’ kepada hasil kerja yang lebih berunsur politik ‘Malcolm X’ dan hit Netflix yang baru-baru ini ‘Da 5 Bloods’ menceritakan kisah veteran kulit hitam dalam perang Vietnam.

‘BlacKkKlansman’ membawa kenyataan kuat anti-Trump dan memberi kemenangan Oscar pertama kepada beliau, tidak termasuk anugerah kehormat yang diberikan kepadanya pada 2015.

Lee mula terlibat secara aktif di Cannes pada tahun 1986 dengan ‘She’s Gotta Have It’, yang membawa pulang Anugerah Belia.

Melakukan penggambaran kecil-kecilan di New York, kisah tentang seorang warga New York yang mencuba untuk memilih antara tiga lelaki menjadi filem klasik kesukaan ramai dan baru-baru ini telah dibuat semula sebagai siri Netflix.

Apabila beliau kembali ke Cote d’Azur tiga tahun selepas itu, Lee berada dalam pertandingan utama dengan ‘Do The Right Thing’, filem penanda aras beliau yang memaparkan isu perkauman pada satu hari yang sangat panas di Brooklyn.

‘Jungle Fever’ (1991), ‘Girl 6’ (1996), ‘Summer of Sam’ (1999), ‘Ten Minutes Older’ (2002) juga turut ditampilkan di festival itu.

Pemilihan rasmi untuk festival tahun ini, selain barisan juri yang selebihnya akan dinamakan pada awal Jun.

Pemenang terakhir Palme d’Or adalah filem ‘Parasite’ daripada pengarah Korea Selatan Bong Joon-ho pada tahun 2019. — AFP

Advertisement