Anda di sini

60 mesin mining bitcoins dirampas, seorang lelaki ditahan

Advertisement
 Peter menunjukkan mesin mining yang berjaya dirampas dalam operasi tersebut.
RAMPASAN : Peter menunjukkan mesin mining yang berjaya dirampas dalam operasi tersebut.

TAWAU: Polis merampas 60 unit mesin mining bitcoins dalam dua serbuan berasingan di Bandar Sri Indah, di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata kes ini tangkapan pertama pihaknya membabitkan mesin mining berkenaan di daerah ini.

"Serbuan pertama dilakukan di sebuah premis rumah kedai pada jam 1.30 petang, kelmarin, dan berjaya menemui 20 unit mesin mining yang sedang beroperasi.

"Seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun turut ditahan di premis tersebut dipercayai sebagai penyewa," katanya dalam sidang media, di sini.

Peter berkata, pihaknya turut melakukan serbuan kedua di premis berasingan iaitu kira-kira 50 meter dari lokasi serbuan pertama, pada jam 2 petang, hari yang sama dan turut berjaya merampas sebanyak 40 mesin mining.

"Polis terpaksa memecahkan pintu masuk di kedua premis memandangkan ianya dikunci bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya.

Selain polis, operasi bersepadu itu turut disertai Majlis Perbandaran Tawau dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Menurut Peter, suspek dipercayai memulakan operasi mesin mining berkenaan  sejak Disember tahun lalu dan turut melakukan penipuan penggunaan bekalan elektrik.

"Menurut SESB, pihaknya mengalami kerugian sebanyak RM31,084 akibat tindakan suspek menipu penggunaan bekalan elektrik tersebut.

"Semua mesin mining dan beberapa alat elektrik lain termasuk komputer dan modem dianggarkan lebih RM20,000 dirampas bagi membantu siasatan," katanya.

Tambah Peter, setakat ini, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri.

  • oleh
  • Advertisement