Anda di sini

Sacha Baron Cohen, pelawak aneh berpandangan serius

Advertisement
 Gambar ihsan yang diserahkan oleh NBCUniversal ini menunjukkan Sacha Baron Cohen bersama Isla Fisher (di skrin) menerima anugerah filem - muzikal/komedi terbaik untuk ‘Borat Subsequent Moviefilm’  menerusi video daripada Kristen Wiig (kiri) dan Annie Mumolo (kanan) semasa Anugerah Golden Globe ke-78 yang diadakan pada 28 Februari lepas. — Gambar AFP /NBCUniversal
BERPANDANGAN SERIUS: Gambar ihsan yang diserahkan oleh NBCUniversal ini menunjukkan Sacha Baron Cohen bersama Isla Fisher (di skrin) menerima anugerah filem - muzikal/komedi terbaik untuk ‘Borat Subsequent Moviefilm’ menerusi video daripada Kristen Wiig (kiri) dan Annie Mumolo (kanan) semasa Anugerah Golden Globe ke-78 yang diadakan pada 28 Februari lepas. — Gambar AFP /NBCUniversal

DARIPADA penyanyi rap kepada pemberita Kazakh TV, Sacha Baron Cohen telah menempah nama dengan karakter-karakter anehnya yang selalu mendedahkan kisah sebenar prejudis dan hipokrasi rakyat.

Baru-baru ini, Baron Cohen yang melakonkan watak wartawan Borat meraih dua lagi Anugerah Golden Globes – untuk filem komedi terbaik dan pelakon filem komedi terbaik.

Beliau juga dicalonkan untuk anugerah lain untuk wataknya yang lebih serius sebagai aktivis ahli politik Amerika Syarikat (AS) Abbie Hoffman dalam ‘The Trial of the Chicago 7’.

Watak-watak yang dicipta oleh pelawak British 49 tahun itu jauh sekali berbeza dengan dirinya sendiri yang membesar di London dan merupakan anak akauntan yang menguruskan sebuah kedai baju.

Setelah menghadiri sekolah swasta, dia menyambung pengajian dalam Sejarah di Universiti Cambridge di mana sepupunya, Simon ialah seorang profesor dan penyelidik tentang autism di situ.

Semasa di universiti, Baron Cohen menyertai kumpulan teater Footlights yang telah melahirkan bintang seperti Hugh Laurie dan ahli Monty Python.

Kemahsyurannya bermula apabila beliau berlakon sketsa di Paramount Comedy Channel, di mana dia membangunkan watak Ali G, seorang yang ingin menjadi penyanyi rap samseng dari kawasan mundur barat London.

‘Da Ali G Show’ yang ditayangkan di saluran Britain Four pada 2000, menyaksikan beliau mengajukan soalan kontroversi kepada ahli politik dan pertubuhan-pertubuhan.

Rancangan itu turut menampilkan Borat, seorang pelawat naif dari Kazakh ke Britain yang homofobia, anti Yahudi dan seksisme, serta Bruno, seorang ahli fesyen Austria yang gay.

Rancangan ini melonjakkan nama Baron Cohen. Siri ini kemudiannya ditayangkan di HBO di AS.

Putera William juga mengaku bahawa beliau dan adiknya Harry mengajar moyang mereka, ibu Permaisuri untuk mimik Ali G dengan memetik jari dan mengucapkan slogan klasik ‘Respec’.

Donald Trump dalam temu bual yang merujuk kepada Baron Cohen: “Dia seorang yang aneh. Saya tidak rasa dia lucu.”

Ali G mendapat filemnya sendiri, ‘Ali G Indahouse’ (2002), Borat (2006), dan Bruno (2009).

Untuk mempromosikan ‘Borat: Cultural Learnings of America for Make Benefit Glorious Nation of Kazakhstan’, beliau berposing di pantai festival filem Cannes menggunakan mankini hijau.

Selain adegan pergaduhan bogel yang terkenal, filem itu juga turut menunjukkan Borat berkelahi dengan warga biasa Amerika.

Semasa di Rodeo, dia memanggil bekas presiden George W. Bush untuk “meminum darah semua lelaki, wanita dan kanak-kanak Iraq”, dan bersorak ke orang ramai.

New York Times menyatakan filem komedi itu “tidak bersimpati dengan sindirannya yang bijak”. Ia menduduki tangga teratas dalam box ofis di Britain dan AS.

Baron Cohen memenangi Golden Globe sebagai pelakon terbaik, dan filem itu meraih lebih AS$260 juta seluruh dunia.

Namun lakonannya sebagai warga Kazakhstan telah menimbulkan kemarahan di Asia Tengah menyebabkan filem itu disekat.

Baron Cohen memberitahu majalah Rolling Stone bahawa jenaka itu ialah “untuk individu yang percaya Kazakhstan yang saya lakonkan boleh wujud”.

Kazakhstan berlembut tahun lalu dan menggunakan slogan Borat “Very nice!” (sangat baik!) dalam kempen pelancongan.

Sambungan filem itu, ‘Borat Subsequent Moviefilm’ ditayangkan semasa ketegangan kempen pilihan semula Trump dan pandemik koronavirus.

Dalam satu babak perhimpunan hak bersenjata, Boron Cohen menyamar sebagai seorang penyanyi menyeru orang ramai agar menyanyi bersama lirik untuk menyuntik bekas presiden Barack Obama dan yang lain dengan ‘selsema Wuhan’.

Dia kemudiannya lari apabila penyamarannya diketahui.

“Kami dikelilingi orang ramai yang marah dan bersenjata,” dia memberitahu NPR dan berjanji tidak akan bekerja di bawah penyamaran lagi.

“Saya tidak boleh melakukan ini lagi.. pada suatu masa saya akan kehabisan nasib baik.”

Filem itu juga menyaksikan peguam Trump dan bekas datuk bandar New York Rudy Giuliani, menyeluk seluarnya di dalam sebuah bilik hotel setelah ditemubual oleh anak perempuan Borat (Maria Bakalova).

Giuliani berkeras bahawa dia sedang memasukkan bajunya ke dalam seluar. Semasa Anugerah Golden Globe pada minggu lepas, Baron Cohen sekali lagi membuat jenaka tentang Giuliani.

Beliau memberitahu NPR bahawa dia membawa kembali watak Borat untuk mempengaruhi undian presiden menentang Trump.

“Kami berasa kami harus melakukan sesuatu kerana demokrasi berasa dalam bahaya,” tambahnya.

Filem itu ditayangkan tahun lepas di Amazon Prime Video. Selain memenangi dua anugerah, Bakalova juga telah dicalonkan.

Pada 2018, Baron Cohen telah dicalonkan sebagai pelakon terbaik Golden Globe untuk ‘Who is America?’

Baron Cohen, di mana filemnya ‘The Dictator’ 2012 telah dikatakan keterlaluan, juga turut berlakon dalam filem bukan komedi seperti ‘Les Miserables’.

Pada 2019, beliau juga telah dicalonkan sebagai pelakon terbaik Golden Globe untuk watak ejen Mossad dalam siri Netflix ‘The Spy’.

Baron Cohen jarang-jarang bertemu bual di luar watak dan amat berahsia tentang kehidupan peribadinya.

“Sesetengah orang suka diberi penghargaan dan perhatian. Saya tidak,” katanya kepada NPR.

Beliau sudah berkahwin dengan pelakon Isla Fisher. Pasangan itu menyatakan mereka berkenalan di akademi badut. Mereka mempunyai tiga cahaya mata.

Pada 2015, pasangan itu menderma AS$1 juta untuk membantu pelarian Syria. — AFP

Advertisement