Anda di sini

Penduduk Mukim Sapulut terima bantuan makanan dan minuman

Advertisement
 Arthur (kiri) menyerahkan sumbangan kepada penduduk Kg Lotong yang dikuarantin.
SERAH: Arthur (kiri) menyerahkan sumbangan kepada penduduk Kg Lotong yang dikuarantin.

NABAWAN: Sebanyak 1,400 karton air minuman bersih serta 500 bakul makanan diagihkan kepada penduduk-penduduk yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Sapulut.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, bantuan berkenaan diberikan bagi membantu meringankan beban mereka yang terkesan akibat PKPD.

"Apabila PKPD dilaksanakan, mereka tidak dibenarkan untuk bergerak. Mereka diarahkan untuk tinggal dirumah bagi mengelakkan daripada berlakunya penukaran wabak COVID-19.

"Justeru, melihat kepada keperluan ini, saya telah mengambil inisiatif bagi mengagihkan sumbangan ini kepada ketua isi rumah yang terlibat.

"Kita perlu pastikan semua penduduk yang dikuarantin mempunyai bekalan makanan yang mencukupi," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, lebih daripada 200 keluarga terlibat dengan PKPD berpagar yang terdiri daripada tiga buah kampung iaitu Kg Singsingon, Kg Panabaan dan Kg Lotong.

Manakala katanya, terdapat beberapa buah kampung lagi yang tidak terlibat dengan PKPD berpagar tetapi kebanyakan penduduk diarahkan untuk  kuarantin dirumah. Mereka ini juga turut akan turut dibantu

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan merayu kepada semua penduduk khususnya di Parlimen Pensiangan untuk duduk dirumah dalam tempoh dua minggu ini. 

"Jangan keluar jika tiada urusan penting, jaga diri, jaga kebersihan dan sentiasa mematuhi SOP.

"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pegawai Daerah Nabawan selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah, petugas barisan hadapan yang sentiasa bertugas siang dan malam bagi memantau perkembangan dan memastikan keselamatan serta kesihatan penduduk di sini terjamin," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement