Anda di sini

Kerajaan negeri pastikan usaha keselamatan di ESSZone diteruskan

Advertisement
 Dexter menyerahkan sumbangan kepada Ahmad Fuad disaksikan Hajiji pada majlis itu.
SERAH: Dexter menyerahkan sumbangan kepada Ahmad Fuad disaksikan Hajiji pada majlis itu.

LAHAD DATU: Kerajaan negeri akan terus memastikan usaha keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) diberi keutamaan demi rakyat.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata beliau telah mendapat maklumat keselamatan dan meninjaunya dalam rangka lawatan ke ESSZone.

"Saya telah mendapat maklumat berkaitan keperluan-keperluan yang sepatutnya untuk memperkasakan pasukan keselamatan dan perkara ini akan dibawa ke pusat untuk mendapat pertimbangan sewajarnya.

"Untuk kerajaan negeri, kita akan bantu sebaik mungkin kerana kawalan keselamatan adalah penting," katanya.

Hajiji menyeru agar rakyat memainkan peranan dengan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pasukan keselamatan agar usaha-usaha keselamatan dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan teratur.

Beliau berkata demikian kepada media selepas diberi taklimat keselamatan di ibu pejabat ESSCom, di sini.

Mengiringi beliau, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Jeffrey Kitingan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong, Timbalan Menteri Dalam Negeri Jonathan Yasin.

Mengenai situasi keselamatan, Hajiji berkata melalui pemerhatian beliau, keadaan di kawasan ini begitu baik dan terkawal.

"Kita berharap dengan kawalan keselamatan yang dibuat sepanjang ESSZone ianya lebih memberi keselamatan dari segi penjenayah rentas sempadan dan mengawal kegiatan-kegiatan haram termasuklah pendatang asing.

"Ini adalah antara perkara-perkara yang diberi penekanan oleh pasukan keselamatan di ESSZone, sejak ditubuhkan keselamatan begitu baik walaupun terdapat beberapa kejadian jenayah rentas sempadan, tetapi ianya terkawal," katanya.

Pada majlis itu, Hajiji turut menyaksikan simbolik penyerahan sumbangan roti daripada syarikat Kim Teck Cheong Consolidated Berhad yang diserahkan Pengarah Eksekutifnya Dexter Lau kepada Komander ESSCom Datuk Ahmad Fuad Othman.

  • oleh
  • Advertisement