Anda di sini

Empangan Mengkuang dan tiga lokasi rekreasi dibuka

Advertisement
 Soon (tiga kanan) pada temu bual bersama pengamal media mengenai pembukaan kembali Empangan Mengkuang dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) terhadap para pengunjung semalam. Empangan Mengkuang akan dibuka kembali kepada orang awam mulai hari ini dengan SOP yang ditetapkan. — Gambar Bernama
BERBUAL: Soon (tiga kanan) pada temu bual bersama pengamal media mengenai pembukaan kembali Empangan Mengkuang dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) terhadap para pengunjung semalam. Empangan Mengkuang akan dibuka kembali kepada orang awam mulai hari ini dengan SOP yang ditetapkan. — Gambar Bernama

BUKIT MERTAJAM: Empangan Mengkuang dan tiga lagi lokasi rekreasi di bawah seliaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) akan dibuka untuk tujuan aktiviti rekreasi mulai hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pulau Pinang Soon Lip Chee berkata, pihaknya menerima pertanyaan daripada rakyat negeri itu berkenaan pembukaan semula empangan Mengkuang, empangan Air Itam, empangan Teluk Bahang dan Taman Rekreasi Bukit Dumbar yang menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah.

Katanya, kesepakatan itu diambil daripada hasil mesyuarat exco negeri yang berlangsung Selasa lepas.

“Ia akan dibuka bermula jam 7 pagi hingga 7 malam. Had kemasukan di Empangan Mengkuang adalah 350 orang dalam satu-satu masa manakala 200 orang di lain-lain empangan,” katanya kepada pemberita ketika membuat pemantauan persiapan pembukaan Empangan Mengkuang di sini semalam.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya menjaga penjarakan fizikal dan tidak mengambil kesempatan untuk berkumpul beramai-ramai sebelum atau selepas bersukan. — Bernama

Advertisement