Anda di sini

Argentina pecat menteri kesihatan salah guna kuasa

Advertisement
 Gambar serahan Pejabat Presiden Argentina menunjukkan Fernandez menerima angkat sumpah jawatan daripada Vizzotti (kiri) di Buenos Aires, kelmarin. — Gambar AFP
LANTIKAN BAHARU: Gambar serahan Pejabat Presiden Argentina menunjukkan Fernandez menerima angkat sumpah jawatan daripada Vizzotti (kiri) di Buenos Aires, kelmarin. — Gambar AFP

BUENOS AIRES: Menteri kesihatan Argentina yang baharu dilantik kelmarin selepas pengunduran pegawai sebelumnya yang ditangkap kerana menyalahgunakan kuasa untuk membantu rakan-rakannya melepasi giliran bagi mendapatkan lebih awal suntikan vaksin COVID-19.

Carla Vizzotti, pakar perubatan dalaman, mengangkat sumpah di hadapan Presiden Alberto Fernandez di kediaman rasmi presiden dalam majlis ringkas yang disiarkan di televisyen.

Beliau tidak membuat sebarang kenyataan selepas itu atau menerima soalan daripada pihak media.

Sebagai bekas timbalan menteri, Vizzotti, 48, bertanggungjawab mendapatkan vaksin Sputnik V dari Rusia untuk Argentina.

Bekas menteri kesihatan Gines Gonzalez Garci meletak jawatan Jumaat lepas selepas doktor berusia 75 tahun itu membantu kawan-kawannya untuk mendapatkan vaksin lebih awal sebelum giliran mereka.

Skandal itu berlaku selepas wartawan Horacio Verbitsky, 71, mengumumkan dalam radio bahawa hasil persahabatan yang lama terjalin dengan menteri, dia telah berjaya mendapat vaksin di pejabatnya sebelum populasi umum.

Setakat ini hanya pekerja kesihatan yang telah divaksin di Argentina dan vaksinasi bagi orang yang berusia lebih 70 tahun hanya bermula Rabu di wilayah Buenos Aires.

Media tempatan melaporkan orang lain yang rapat dengan kerajaan turut menerima vaksin di kementerian kesihatan.

Pejabat Pendakwa raya Umum telah membuka satu siasatan, lapor media tempatan.

Setakat ini Argentina telah menerima 1.2 juta dos untuk vaksin Sputnik V dan 580,000 bagi Covishield daripada Serum Institute of India.

Negara telah merekodkan lebih dua juta kes COVID-19 dan 51,000 kematian, daripada populasi seramai 44 juta orang. — AFP

Advertisement