Anda di sini

Rumah pekerja terbakar

Advertisement
 

MIRI: Tiga blok rumah pekerja terdiri daripada 60 pintu musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Pujut 7 di sini tengah hari pada Khamis. 

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng diketuai Pegawai Bomba Kanan II Nasir Razali bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 1.47 tengah hari. 

"Ketika sampai di tempat kejadian, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan struktur binaan sementara jenis tidak kekal tiga blok rumah pekerja, 60 pintu musnah 100 peratus. 

"Pasukan bomba membuat pemadaman dengan membentang hos 300 kaki dengan dua aliran dan empat pancutan air melalui pili bomba berdekatan yang dihubungkan ke jentera," katanya dalam satu kenyataan media di sini. 

Law berkata kebakaran berjaya dikawal daripada terus merebak kira-kira jam 2:07 petang. 

Menurutnya lagi kejadian kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. 

"Dianggarkan 20 orang penghuni sahaja berada di tempat kejadian, dan mereka berjaya menyelamatkan diri ketika berlakunya kebakaran," ujarnya. 

  • oleh
  • Advertisement