Anda di sini

Empat maut dalam kebakaran di hospital Ukraine

Advertisement
 Gambar serahan Perkhidmatan Kecemasan Ukraine kelmarin menunjukkan anggota bomba membantu seorang pesakit yang berjaya dikeluarkan dari kebakaran di unit rawatan rapi di hospital Zaporizhzhya. — Gambar AFP
SELAMAT: Gambar serahan Perkhidmatan Kecemasan Ukraine kelmarin menunjukkan anggota bomba membantu seorang pesakit yang berjaya dikeluarkan dari kebakaran di unit rawatan rapi di hospital Zaporizhzhya. — Gambar AFP

KIEV: Empat orang meninggal dunia di Ukraine selepas satu kebakaran berlaku di unit rawatan rapi di sebuah hospital penyakit berjangkit yang merawat pesakit COVID-19, menurut polis kelmarin.

Ia adalah yang terbaru dalam satu siri kebakaran maut di Ukraine, yang bukan luar biasa di republik bekas Soviet disebabkan oleh kurangnya pematuhan peraturan keselamatan dan infrastruktur yang usang.

Kebakaran berlaku pada sebelum waktu tengah malam Rabu lepas di tingkat bawah bangunan lima tingkat di bandar barat daya Zaporizhzhya.

Rakaman yang dikeluarkan oleh perkhidmatan kecemasan menunjukkan anggota bomba memasuki bangunan yang dipenuhi dengan asap dalam kegelapan dan membawa keluar pesakit yang tidak mampu berjalan.

“Kebakaran itu telah membunuh empat orang, termasuk seorang pekerja perubatan,” menurut polis wilayah dalam satu kenyataan.

Tiga mangsa lain adalah pesakit yang telah didiagnos dengan COVID-19 dan sedang menggunakan alat bantuan pernafasan, menurut gabenor wilayah yang dipetik oleh agensi berita Interfax-Ukraine.

Anggota bomba berjaya menyelamatkan lapan orang, termasuk dua kakitangan hospital yang telah dimasuk-kan ke hospital akibat melecur, ketua doktor di hospital Volodymyr Shynkarenko dipetik sebagai berkata oleh laman sesawang berita tempatan 061.ua.

Punca kebakaran masih belum diketahui namun Shynkarenko mengesahkan bahawa peralatan perubatan telah menyebabkan kebakaran.

Polis berkata mereka sedang menyiasat beberapa kemungkinan punca, termasuk pelanggaran langkah-langkah keselamatan, masalah peralatan perubatan dan pembakaran secara sengaja.

Pejabat pendakwa raya umum menyatakan pihak ber-kuasa yang bertanggungjawab bagi keselamatan kebakaran bangunan telah ditahan.

Presiden Volodymyr Zelensky menyampaikan ucapan takziah ikhlas kepada keluar-ga mangsa dan menghantar Menteri Kesihatan Maksym Stepanov ke tempat kejadian, menurut pejabat presiden dalam satu kenyataan.

“Sedih ketika mendengar berita kebakaran tragik...Ucapan takziah yang paling mendalam dari saya buat mereka yang kehilangan orang tersayang,” kata Hans Kluge, pengarah wilayah bagi Eropah di Pertubuhan Kesihatan Sedunia, di Twitter.

Gabenor wilayah menyata-kan semalam bahawa wi-layah Zaporizhzhya akan mengadakan satu hari ber-kabung bagi mangsa kebakaran. — AFP

Advertisement