Anda di sini

Iran berjaya lancar satelit ‘Zol Janah’

Advertisement
 Gambar serahan Kementerian Pertahanan Iran kelmarin menunjukkan pelancaran roket pembawa satelit terbaharu Iran ‘Zol Janah’ di sebuah lokasi yang tidak didedahkan. — Gambar AFP
LANCAR: Gambar serahan Kementerian Pertahanan Iran kelmarin menunjukkan pelancaran roket pembawa satelit terbaharu Iran ‘Zol Janah’ di sebuah lokasi yang tidak didedahkan. — Gambar AFP

TEHRAN: Iran berjaya melancarkan satelit ‘Zol Janah’ ke angkasa lepas, kata jurucakap Pertubuhan Aeroangkasa Ahmad Hosseini kelmarin.

Pelancaran satelit penyelidikan itu julung kalinya menggunakan roket pembawa dilengkapi teknologi enjin bahan api pepejal paling berkuasa, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).

Satu kejayaan utama daripada pelancaran itu, Iran kini berjaya menghasilkan enjin bahan api padat paling berkuasa dengan kekuatan meluncur melebihi 750 tan, katanya.

Beliau berkata pengura-ngan kos, meningkatkan kelajuan dan kemampuan pelancaran menggunakan platform mudah alih adalah antara ciri utama pembawa satelit ‘Zol Janah’.

Terdahulu, Menteri Per-tahanan Brigadier Jeneral Amir Hatami dalam ucapannya sempena Hari Teknologi Angkasa Negara berkata, Iran berjaya membuktikan kemampuan dalam me-nguasai sains dan teknologi canggih. — Bernama

Advertisement