Anda di sini

LKIM bantu anak nelayan dapatkan kemudahan untuk PdPR

Advertisement
 Syed Abu Hussin (kiri) yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyerahkan replika cek bernilai RM304,600 kepada Selama Syed Nasir pada majlis Bantuan ED-Prihatin Parlimen Bukit Gantang di pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama, Taiping, semalam.  — Gambar Bernama
SERAH: Syed Abu Hussin (kiri) yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyerahkan replika cek bernilai RM304,600 kepada Selama Syed Nasir pada majlis Bantuan ED-Prihatin Parlimen Bukit Gantang di pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama, Taiping, semalam. — Gambar Bernama

TAIPING: Lembaga Kemajuan Perikanan Malaysia (LKIM) akan mengagihkan bantuan peranti elektronik melalui Tabung Bencana untuk membantu anak-anak nelayan yang menghadapi masalah dalam mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Pengerusinya Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, pihaknya memperuntukkan RM1 juta bagi Tabung Bencana yang boleh diagihkan bagi menyediakan kemudahan kepada anak ahli persatuan nelayan yang layak, agar mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran semasa pandemik COVID-19.

“Setiap nelayan hendaklah mengemukakan permohonan kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di setiap negeri bagi membolehkan kita mengenal pasti anak ahli yang tidak berkemampuan dalam menyediakan kemudahan itu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan Bantuan Edu-Prihatin Parlimen Bukit Gantang sebanyak RM304,600 kepada Pegawai Pendidikan Daerah Larut, Matang dan Selama Syed Nasir Sayed Mahadi di sini semalam.

Beliau berkata, seramai 1,171 pelajar di kawasan Parlimen Bukit Gantang dari 11 Sekolah Menengah akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun ini. — Bernama

Advertisement