Anda di sini

Seramai 58 pelajar SPM dan STPM di Sabah disahkan positif COVID-19

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Seramai 58 orang pelajar telah disahkan positif COVID-19 melalui saringan ke atas pelajar SPM dan STPM.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan juga merangkap Menteri Kewangan II Datuk Seri Masidi Manjun berkata kesemua kontak rapat pelajar-pelajar berkenaan telah dikenalpasti dan diasingkan di pusat kuarantin daerah masing-masing.

Katanya, setakat 24 Januari 2021, 17 buah daerah telah mendaftarkan kes COVID-19 melalui saringan bersasar ke atas pelajar-pelajar sebelum memulakan sesi persekolahan iaitu Sandakan (10 kes), Lahad Datu (7), Semporna (7), Tawau (6), Kalabakan (4), Kota Marudu (4), Kudat (4), Kinabatangan (3), Ranau (3), Telupid (2), Tongod (2), Beaufort (1), Keningau (1), Kota Belud (1), Kunak (1), Papar (1), dan Pitas (1).

"Pelajar yang menjalani saringan sebelum sesi persekolahan dibuka dan jika didapati positif, mereka tidak dibenarkan masuk asrama dan tidak dibenarkan hadir sesi persekolahan. 

Sebaliknya, mereka akan diasingkan dan dirawat di hospital ataupun dimasukkan ke PKRC. Setelah selesai tempoh perawatan, dan melalui penilaian doktor yang merawat, mereka akan dibenarkan menjalani sesibpersekolahan seperti biasa selepas mereka kembali sihat," jawabnya ketika sidang media Laporan Harian Kes Jangkitan COVID-19 pada Isnin.

Dalam pada itu, susulan daripada kes positif COVID-19 yang dikesan pada seorang guru dan seorang pelajar di SMK Tulid, Sook, 64 orang telah dikenalpasti sebagai kontak rapat dan mereka semua telah dikuarantin di IPG Keningau.

Masidi berkata hasil siasatan awal menunjukkan kebarangkalian jangkitan ini merupakan jangkitan komuniti dan bukan jangkitan di sekolah.

Katanya, kedua-dua guru dan pelajar berkenaan kini menerima rawatan di PKRC Keningau.

"Hasil daripada tindakan pantas yag dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Keningau, semua kontak rapat yang berisiko telah dikenalpasti dan diasingkan daripada guru- guru dan pelajar-pelajar yang lain. 

"Dengan yang demikian, aktiviti disinfeksi setempat telah dilakukan pada 24 Januari 2021, dan tidak ada keperluan untuk membuat penutupan sekolah. Sesi persekolahan dibenarkan berjalan seperti biasa dengan pematuhan SOP yang ketat," jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement