Anda di sini

Bayern benam Schalke 4-0 berkelebihan tujuh mata di singgahsana Bundesliga

Advertisement
 Mueller menjaringkan pembukaan membolosi penjaga gol Schalke Ralf Faehrmann pada perlawanan Bundesliga Jerman di antara  Schalke 04 menentang FC Bayern Munich di Gelsenkirchen, Jerman, kelmarin. — Gambar AFP
PEMBUKA TIRAI: Mueller menjaringkan pembukaan membolosi penjaga gol Schalke Ralf Faehrmann pada perlawanan Bundesliga Jerman di antara Schalke 04 menentang FC Bayern Munich di Gelsenkirchen, Jerman, kelmarin. — Gambar AFP

BERLIN: Bayern Munich membuka jurang kelebihan tujuh mata di singgahsana Bundesliga Jerman pada Ahad selepas membenam kelab tercorot, Schalke 4-0 dengan penyerang utamanya, Robert Lewandowski menjaringkan gol untuk perlawanan liga yang kelapan berturut-turut.

Bayern menjarakkan kedudukan mereka dari pencabar terdekat, RB Leipzig, yang tewas mengejut 2-3 kepada kelab kedua dari bawah liga, Mainz, pada perlawanan hari Sabtu.

Ketika hanya tiga pasukan teratas meraih kemenangan hujung minggu ini, Bayern kekal di landasan untuk memenangi kejuaraan liga buat kali kesembilan berturut-turut.

Thomas Mueller membuka jaringan dengan satu tandukan sebelum Lewandowski menjaringkan gol kedua pada pertengahan separuh masa kedua untuk gol ke-23 beliau dari 17 perlawanan liga setakat musim ini.

Bayern menjaringkan dua gol pada dua minit terakhir, dengan gol kedua Mueller sebelum David Alaba melengkapkan jaringan pada minit ke-90.

“Kami mengumpul banyak mata penting minggu – walaupun jika kami tidak menguasai lawan,”  kata Mueller.

Bayern sudah mengumpul sembilan mata maksima ketika menang tipis 1-0 ke atas Augsburg dan 2-1 ke atas Freiburg minggu lepas.

Pemain tengah, Joshua Kimmich, mengumpan tiga gol di Gelsenkirchen.

Penjaga gol Bayern, Manuel Neuer, mencipta rekod baharu tanpa bolos untuk kali ke-197 dalam Bundesliga, mengatasi rekod yang dipegang bekas penjaga gol Bayern, Oliver Khan.

“Saya berharap Schalke akan terus kekal dalam liga dan berjaya mengubah nasib mereka,” kata Neuer, bekas pemain Schalke.

Schalke kekal di tangga tercorot dengan kurang 10 mata dari zon selamat.

Jurulatih Bayern, Hansi Flick bagaimanapun tetapi mengharapkan peningkatan lebih bagus untuk pasukannya.

“Saya tidak berpuas hati. Ya, kami menjaringkan empat gol tetapi saya juga melihat bahawa kami boleh melakukan satu atau dua perkara yang lebih baik ketika menguasai bola,” kata Flick.

“Kadang-kadang kami bermain dengan terlalu banyak risiko, kadang-kadang terlalu pasif.”

Pada perlawanan lain, Hoffenheim naik tiga anak tangga ke tempat ke-11 liga selepas kemenangan kedua berturut-turut apabila menewaskan Cologne 3-0. — AFP

Advertisement