Anda di sini

COVID-19: KKM lulus RM21 juta untuk naik taraf fasiliti makmal di hospital Sarawak - Dr Sim 

Advertisement
Dr Sim dalam lawatan kerja ke HUS baru-baru ini.
Dr Sim dalam lawatan kerja ke HUS baru-baru ini.

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meluluskan peruntukan RM21 juta bagi menaik taraf fasiliti, peralatan serta makmal hospital kerajaan di Sarawak bagi meningkatkan kapasiti ujian COVID-19. 

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata KKM juga telah memperuntukkan tambahan RM36 juta bagi tambahan 29 katil unit rawatan rapi (ICU) dan lain-lain peralatan perubatan bagi Hospital Sibu, Bintulu, Miri dan Limbang. 

“Meskipun kesihatan di bawah Persekutuan, kerajaan Sarawak telah membantu membiayai segera makmal molekular kerajaan bagi Limbang dan Kapit dengan setiapnya RM1 juta bagi ujian PCR COVID-19,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Tambah Dr Sim, kapasiti ujian COVID-19 di Sarawak sebelum ini adalah 2,500 sehari. 

Tetapi dengan peruntukan yang diluluskan ini, Sarawak dapat menguji sehingga 6,000 sampel sehari bagi mempercepatkan lagi usaha Sarawak melandaikan lekuk jangkitan COVID-19. 

Jelasnya lagi kerajaan negeri juga melakukan bidaan untuk membantu meningkat kapasiti ujian dengan menyediakan dana bagi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Kampus Bandar, Borneo Medical Centre (BMC) dan Gribbles Pathology Malaysia. 

Dengan semua kerjasama antara institusi kesihatan awam dan swasta, Sarawak menurut Dr Sim akan dapat menjalankan lebih daripada 6,000 ujian PCR bagi COVID-19 sehari. 

  • oleh
  • Advertisement