Anda di sini

Biden mahu kekalkan sekatan perjalanan pelawat Eropah, Brazil

Advertisement
 Seorang pemain papan luncur kelmarin dilihat memegang bendera Biden dengan bendera kebangsaan AS diikat pada lehernya menjelang majlis pelantikan Biden sebagai presiden baharu Amerika Syarikat di Washington pada hari ini. — Gambar AFP
PENYOKONG BIDEN: Seorang pemain papan luncur kelmarin dilihat memegang bendera Biden dengan bendera kebangsaan AS diikat pada lehernya menjelang majlis pelantikan Biden sebagai presiden baharu Amerika Syarikat di Washington pada hari ini. — Gambar AFP

WASHINGTON: Jurucakap kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu Joe Biden segera menafikan pengumuman Donald Trump kelmarin bahawa satu sekatan CO-VID-19 terhadap pelancong yang tiba dari Eropah dan Brazil akan ditarik balik, menggariskan peralihan kuasa yang meragam.

“Di atas nasihat daripada pasukan perubatan kami, pihak pentadbiran tidak bercadang untuk menarik balik sekatan ini pada 26/1,” menurut setiausaha media Biden, Jen Psaki, di Twitter.

“Sebaliknya, kami me-rancang untuk memperketatkan langkah kesihatan awam melibatkan perjalanan antarabangsa dalam langkah untuk mengekang seterusnya penyebaran COVID-19.”

“Dengan keadaan pandemik yang semakin buruk, dan lebih banyak varian berjangkit yang muncul di seluruh dunia, ini bukannya masa untuk menarik balik sekatan  terhadap perjalanan antarabangsa,” tambah beliau.

Hanya beberapa minit sebelum kenyataan Twitter Psaki, Trump menyatakan dalam satu kenyataan beliau akan menarik balik sekatan perjalanan terhadap Eropah dan Brazil.

Sekatan perjalanan terhadap China dan Iran akan dikekalkan, tambahnya.

Kedua-dua kenyataan muncul beberapa hari selepas Pusat bagi Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) mengumumkan semua penumpang pesawat bagi perjalanan ke AS adalah dikehendaki untuk disah-kan negatif untuk COVID-19 dalam masa tiga hari sebelum penerbangan mereka.

Biden akan dilantik secara rasmi hari ini, selepas satu penyerahan kuasa yang goyah.

Selama beberapa bulan Trump menolak untuk me-nerima keputusan pilihan raya 3 November, mene-gaskan tanpa asas bahawa pilihan raya itu telah dicemari dan tidak mengendahkan keputusan mahkamah.

Beliau menafikan akses pasukan Biden untuk dana dan sumber serta tidak mahu bertemu dengannya, seperti mana yang sepatutnya ketika peralihan tugas presiden.

Trump turut dijangka akan menjadi presiden pertama yang melepaskan jawatan dalam tempoh 152 tahun yang tidak menyertai penggantinya dalam upacara perlantikan.

Sehingga kelmarin, AS merekodkan lebih 24 juta kes COVD-19, dengan hampir 400,000 kematian. — AFP

Advertisement