Anda di sini

Humankind, Hogwarts dan Horizon: Permainan video paling hangat tahun 2021

Advertisement

PARA pemain permainan video, ambil alat kawalan anda: 2021 bakal menjadi tahun besar bagi permainan video, dengan beberapa tajuk yang amat dinanti-nantikan selepas Microsoft dan Playstation melancarkan konsol generasi seterusnya yang baharu pada November lalu.

Di sini adalah lima permainan paling dinanti-nantikan dan dirancang untuk keluar pada tahun ini – kecualilah jika pandemik koronavirus terus mencetuskan huru-hara dengan jadual pengeluaran.

- ‘Horizon Forbidden West’ -

Susulan kepada permainan eksklusif Playstation pada 2017, Horizon Zero Dawn, adalah sebuah permainan membawa watak aksi dalam dunia pasca-apokaliptik di mana manusia bertarung dengan makhluk mekanikal gergasi.

Horizon Forbidden West, yang berlatarkan Barat Amerika yang sudah menjadi liar semula, menceritakan tentang pengembaraan terbaharu pemburu wanita muda Aloy, yang mesti mencari punca bagi satu wabak bermisteri dan berbahaya serta membongkar beberapa rahsia yang sudah lama wujud dalam perjalanannya.

Dengan grafik yang cantik dan dunia terbuka yang luas untuk diterokai, Sony berharap permainan itu akan meletakkannya di hadapan pesaing utamanya Microsoft apabila permainan itu dilancarkan di atas PlayStation 4 dan 5 pada separuh kedua tahun 2021.

- ‘Hogwarts Legacy’ -

Kepulangan Harry Potter? Tidak juga – Harry, Ron atau Hermoine tidak ada, tetapi lelaki sihir, goblin dan raksasa ghaib adalah ramai sekali dalam terjunan penuh aksi ini ke dalam dunia J.K. Rowling, ehsan daripada Avalanche Software.

Permainan ini, yang mengikuti jejak filem-filem Fantastic Beasts. Kembali semula ke penghujung Abad Ke-19, masa yang belum dicartakan bagi siri Harry Potter.

Ilmu sihir yang mengujakan, di mana pemain dapat mencipta watak mereka sendiri dan menikmati suasana maya di Hogwarts pada zaman 1800-an, akan dikeluarkan pada tahun ini di atas konsol Sony dan Microsoft.

- ‘Humankind’ -

Studio Amplitude dari Perancis bakal mengeluarkan permainan strategi ala Civilization ini pada April untuk Windows, Apple dan Stadia.

Para pemain mesti membimbing tamadun mereka menelusuri enam era dari zaman nomadik seterusnya apabila mereka bertanding dengan musuh-musuh berasaskan sejarah untuk melihat sama ada mereka dapat menang menerusi teknologi dan taktik yang mahir.

Bergantung kepada kebudayaan yang mereka pilih, para pemain dapat menyasari kemenangan menerusi pelbagai taktik, termasuk perdagangan atau tempur bersenjata.

- ‘Deathloop’ -

Sebuah lagi studio Perancis, Arkane, bertanggungjawab bagi penembak ‘orang pertama’ ini di mana pemain membawa watak Colt, seorang pembunuh upahan yang terperangkap dalam gelung masa.

Permainan ini, yang mengambil elemen-elemen daripada saga Dishonored keluaran studio tersebut, dijadual keluar di atas PS5 dan Windows pada 21 Mei, dan di atas Xbox Series X/S baharu keluaran Microsoft pada tahun depan.

- ‘12 Minutes’ -

Satu lagi permainan yang terperangkap dalam gelung masa adalah sajian ini dari studio Nomada di Barcelona, di mana protagonis dilihat di dalam fletnya dalam situasi harian bersama temannya.

Spoiler: Murder mengikuti tidak lama lagi – tetapi pemain perlu berulang kali menelusuri kitaran 12 minit untuk menyelesaikan misteri yang menyusul.

Permainan ini dijadual berada di pasaran pada tahun ini dan boleh didapati di atas Windows dan Xbox One/Xbox Series X/S.

- Akan datang tidak lama lagi? -

God of War Ragnarok, video terbaharu dalam siri yang amat popular itu, beralih daripada fokus tradisional kepada mitologi Greek kepada dewa-dewi Norse. Ia dijadual dikeluarkan di atas Playstations pada tahun ini, tetapi sudah ditangguhkan dan tidak dijangka berada di pasaran sebelum hujung tahun.

Microsoft pada mulanya telah merancang untuk mengeluarkan “Halo Infinite”, video terbaharu yang dibintangi wira Master Chief, bersama pelancarannya bagi Xbox Series X/S pada November lalu.

Tetapi ia telah ditunda kira-kira selama setahun selepas grafik dalam sebuah treler menerima sambutan buruk dalam media sosial.

Satu lagi sekuel yang sudah lama dinantikan adalah ‘The Legend of Zelda: Breath of the Wild 2’ yang dibuat oleh Nintendo untuk konsol Switch terbitannya.

Permainan aksi-kembara Breath of the Wild Zelda yang pertama amat berjaya sekali apabila ia menjual jutaan salinan dan menerima pujian meluas dengan permainan terbukanya.

- Belum lagi -

Bagaimanapun apa yang anda tidak akan lihat pada 2021 adalah ‘Grand Theft Auto VI’, ‘The Elder Scrolls VI’ atau ‘Final Fantasy XVI’ – para pemain terpaksa menunggu lebih lama lagi untuk sekuel-sekuel yang amat dinanti-nantikan selama ini. — AFP

Advertisement