Anda di sini

Operasi kereta api KK-Beaufort dihentikan sementara

Advertisement
 Semua perkhidmatan kereta api bagi lalu Kota Kinabalu-Beaufort dihentikan sementara bermula 14 hingga 26 Januari 2021.
DIHENTI SEMENTARA: Semua perkhidmatan kereta api bagi lalu Kota Kinabalu-Beaufort dihentikan sementara bermula 14 hingga 26 Januari 2021.

KOTA KINABALU: Semua perkhidmatan kereta api bagi lalu Kota Kinabalu-Beaufort dihentikan sementara bermula 14 hingga 26 Januari 2021.

Dalam kenyataan Jabatan Keretapi Negeri Sabah memaklumkan tindakan itu selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan larangan pergerakan rentas daerah di negeri ini.

Bagaimanapun, bagi laluan Beaufort-Halogilat dan Tenom-Rayoh, operasi kereta api berjalan seperti biasa.

Kereta api bagi laluan Beaufort-Halogilat bertolak jam 7.50 pagi dan 1.30 petang, manakala Tenom-Rayoh bertolak jam 7.30 pagi dan 1 petang.

Info semasa berhubung operasi kereta api boleh didapati melalui laman Facebook Sabah State Railway Department dan aplikasi Telegram.
 

  • oleh
  • Advertisement